Iqbal Mohon Maaf Atas Kemarahan Netizen | Wajahnya Ditukar Dengan Muka Haiwan

 


Namanya semakin dikenali ramai selepas gosip sensasi dirinya yang ingin berkahwin dengan Dato Seri Vida. Ahamad Iqbal Zulkefli atau lebih dikenali sebagai Iqbal telah merakam sebuah lagu yang bertajuk hujan. 


Lagu tersebut baru sahaja dirakam dan telah mendapat pelbagai kecaman daripada netizen dan juga para penggiat seni tanah air . Bukan itu sahaja, malahan beliau juga dikritik kerana sebuah video yang menunjukkan beliau menendang dan memijak duit. 


Walau bagaimanapun, Iqbal memberitahu duit yang ditabur di lantai itu adalah duit palsu. Selepas kejadian itu, netizen telah mengubah mukanya menjadi seperti haiwan anjing dan babi. 



Iqbal memuatnaik status dan memohon maaf atas kesalahan yang dilakukannya dan sedikitpun tidak mengambil hati atas kritikan dan perbuatan netizen terhadapnya. 



Menjengah ke ruang komen, netizen turut menzahirkan perasaan kesal terhadap individu yang mengubah suai wajah Iqbal menjadi haiwan. Menurut mereka walaupun Iqbal bersalah sekalipun, tidak sepatutnya dia dilakukan sebegitu. Ada cara untuk menengur manusia yang melakukan kesilapan.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s