Little Miss Khan Impikan Seorang Laki Sederhana Dan Terjun Dalam Bidang Pengacaraan

 


Nama komersial di media sosial Little Miss Khan, nama sebenar diberi Nur Ameera Khan, adik kepada usahawan terkenal Neelofa.


Lahir pada 8 Disember 2000 dan berumur 21 tahun pada tahun ini. Ameera sekarang mempunyai pengikut sebanyak 1.4 juta pengikut sangat sesuai untuk seorang instafamous mempunyai follower seramai itu. 


Dengan gaya pakaian semacam jenis, bersolek membuat dirinya diperhati masyarakat kerana wajah kacuk arab itu. Beliau juga seorang usahawan kosmetik dan pengasas kepada LMK Cosmetics sejak 8 Mei 2018, meskipun secara peribadi tidak gemar bersolek.


Beliau pernah tampil dengan imej berhijab. Sikapnya yang lantang bersuara di laman sosial sering menjadi bahan sensasi media. Mendapat jolokan nama ‘The Next Kardashians’ kerana gaya hidupnya yang dikatakan persis ahli keluarga selebriti popular Hollywood, Kardashians iaitu Kylie Jenner.


Beliau juga menggunakan dialek Kelantan dan bahasa Inggeris dalam komunikasi harian. Laman Instagramnya didaftarkan secara senyap-senyap oleh Neelofa seawal usia 13 tahun. Hanya dalam satu hari akaun itu terus mengumpul 20,000 pengikut! Pernah tular di Snapchat gara-gara membeli 161 batang gincu!


Pembabitannya dalam dunia perniagaan mendapat sokongan kuat ibunya. Tidak ramai yang tahu sebelum terbitnya jenama Naelofar Hijab, ibunya terlebih dahulu menjual tudung di rumah dengan ketika itu turut dibantu oleh Ameera yang masih kecil. Dipasarkan dengan harga berpatutan, LMK Cosmetics yang diinspirasikan daripada personaliti media, Kylie Jenner bakal menyajikan beberapa koleksi baharu bagi menampung permintaan pengguna pada pertengahan dan hujung tahun ini.


Beliau juga mengimpikan rancangan majalah seperti Nona dan program hiburan umpama MeleTOP untuk dikemudikan.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s