Mamu Mydin Terjatuh Sambil Pegang Dada Kiri Dan Menghembuskan Nafas Terakhir Di Rumahnya

 


Nama sebenar Mydin Ibrahim dilahirkan pada tahun 1939 di Pokok Keras Bagan Lalang Butterworth seorang pelawak veteran yang cukup sinonim dengan senyumannya, beliau juga dikenali oleh rakan-rakan dengan panggilan Pak Tam atau lebih mesra Mamu.


Sejak tahun 1950 lagi beliau sudah mula aktif bersama kumpulan boria di kampungnya. Pernah juga berkhidmat dengan Askar Melayu ketika peristiwa berdarah 13 Mei 1976. Pada 1978, Mamu sudah mula berjinak-jinak ke arah dunia lakonan apabila beliau mula menyertai Bakat RTM dan menjadi juara ketika itu, termasuk nama-nama lain seperti Pak Hassan Putu Mayong dan Din Kachong.


Ketika itu, namanya mula dikenal selepas banyak membuat persembahan boria di seluruh negara sebelum berganding bersama pelawak Pie dengan gaya lawak dialek utara. Gandingan Maidin dan Pie adalah antara duo komedi pentas paling mantap pernah dilahirkan sebelum kemunculan gabungan pelawak seperti Imuda dan Allahyarham Ahmad Busu. 


Semasa gandingan bersama Pak Pie, Mamu meningkat naik dengan Album Hijau Kuning yang dicipta oleh Omara pada tahun 1991, M.Shariff mula berganding dengan Mamu dan Pak Pie antara lagu mereka hantu-hantu, katil oh katil, jodoh depa, boria skim cepat kaya dan Muda Kembali. Mereka dikenali dengan The Three Stooge.


Tiada Legasi Komedi Mamak Utara 


Ramai menganggapi Mamak Puteh atau Mohamad Ikhtiarudin sebagai penyambung legasi komedian mamak utara selepas negara kehilangan Mamu Maidin 2014 dan Pak Pie 2016. 


Sekaligus throwback melihat kumpulan Puteh, iaitu Mamak, Ali seperti gandingan Pak Pie dan Maidin Mamu.


Meninggal Dunia


Pada 13 Ogos 2014, Maidin Ibrahim terjatuh selepas terkena serangan jantung dan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pokok Tai Gurun Kedah jam 2 petang. Mamu Maidin meninggalkan seorang balu, Habirah Ibrahim dan lima anak serta tiga belas orang cucu. 


Filem


Maidin pernah menggondol anugerah Aktor Pembantu Terbaik menerusi drama Pinang Durian pada Anugerah Skrin 2001.

1.Hantu siang

2.Bas konduktor

3.Anak mami the movie

4.Mami jarum

5.Mami jarum junior

6.Nana tanjung

7.Pinang durian

8.Takut bini 1

9. Takut bini 2

10.Saudagar Boria

11.Hantu Motel

12.Sitkom salam pantai timur

dan sebagainya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s