Hael Didakwa Berhibur Di Kelab Gay Korea – Pengurus Nafi dan Bakal Ambil Tindakan

 


Penyanyi Hael Husaini, 33, difahamkan telah terbang ke Korea Selatan atas urusan kerja baru-baru ini. Hael telah berkongsi foto serta video berada di negara tersebut.


Namun, ada cerita tak sedap didengar apabila ada netizen yang membuat tuduhan berat dengan mendakwa penyanyi lagu ‘Jampi’ itu pergi berseronok di sebuah kelab hiburan gay di Itaewon, Korea.



Kecoh mengenai perkara itu di laman Twitter. Menurut netizen itu lagi, ada seorang penyanyi Malaysia ke Korea tanpa menjalani kuarantin sebelum berhibur di kelab gay tersebut. Menerusi hint yang dberikan, individu berkenaan seolah mengatakan penyanyi yang dimaksudkan itu adalah Hael Husaini.


Bagaimanapun menerusi satu IG Live, pengurus Hael tampil memberikan respon bahawa dakwaan tersebut hanyalah fitnah semata-mata. Pengurus Hael memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang menyebarkan khabar angin berkenaan.


“Saya nak terangkan apa yang berlaku. Saya buat video ini sebenarnya nak bagitau Healers yang Hael punya team dah ambil tindakan. Berhenti budak tu nanti. Tak belajar dah kat Korea. Kalau dia padam pun dah terlambat dik. Aku dah jumpa Youtube, IG, semua alamat rumah dah dapat. Tak elok sebarkan fitnah. Berhentilah sebarkan fitnah,”.


Apa kata netizen


Tak tahu lagi ke? 



Berat sungguh tuduhan tersebut lebih-lebih lagi jika tiada bukti sahih. Apa pun diharap Hael tabah dengan dugaan ini. 

Sumber: artis Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s