Menjengah Usia 52 Tahun, 3 Anak, Ada Rahsia Datin Maria Farida Kongsikan Tips Kekal Awet Muda

 


Siapaa tak kenal dengan Datin Maria farida, satu ketika dahulu panas dengan ceritanya memiliki wajah yang cantik berdarah Filipina-Melayu. Pernah digosipkan dengan lelaki Malaya yang mahu menambat hatinya. 


Datin Seri Maria Farida Atienza lahir pada 28 Mac 1969 seorang pelakon, model dan usahawan kosmetik di Malaysia. Pada tahun 2018, beliau mula melancarkan jenama produknya iaitu MF Cosmetique.


Beliau juga mempunyai sepupu yang terlibat dalam dunia seni iaitu Badrul Muhayat, menamatkan zaman bujang pada 2015 dengan seorang ahli perniagaan Rahman Shakur.


Meniti usia 52 tahun kini Datin Seri Maria tampil dengan penuh lebih bergaya (hot mom), ramai juga menyatakan setiap gambar Maria yang dikongsi di laman sosial boleh disunting nampak muda, tetapi sebenarnya jika sesiapa yang bertuah dapat menemui Datin Maria secara berhadapan memang tak akan berkelip mata memandang. Biarpun dengan penampilan ringkas tetapi aura yang dimilikinya mampu mengalahkan anak dara.


Tips Awet Muda 


Yang pertama sekali Datin Maria mengatakan untung juga kerana dilahirkan dalam keluarga yang mewariskan wajah baby face dan tiada masalah kulit, pada awalnya memang saya tidak menjaga kulit dengan serius, bila usia dah makin meningkat ni saya mula risau dan ingin menjaganya dengan baik.


Sejujurnya, saya tak ada rutin penjagaan kulit kerana kulit saya sangat sensitif. Saya tak boleh guna produk yang diaplikasi ke kulit. Jika salah produk akan keluar ruam atau kulit jadi gatal. Cara saya menjaga kecantikan kulit adalah membersihkan kulit dengaj tisu basah sahaja itu pun jenama tertentu sahaja, katanya.


Tambahnya lagi “Walaupun begitu saya tetap jaga pemakanan dan cuba untuk cukup tidur dan minum air. Saya juga ada ambil vitamin mengikut keperluan tubuh dan kalau nak cantik dan kekal awet muda tak boleh hisap rokok sebab nanti kulit kita akan kusam.


Benda-benda macam tu saja saya amalkan, satu lagi tip nak nampak kedut di wajah, cuba jangan gelak. Kalau gelak nanti keluar semua kedut, maintain buat muka vogue saja, ucap isteri Datuk Seri Abdul Rahman Shakur sambil tersenyum.


Keluarga


Tetap ceria melihat wajah ibu kepada tiga orang anak ini. Pernah dikatakan menyorok anak-anak kerana tidak mahu netizen melihat. ” Mula sekali saya tak pernah pun sorok mereka, jadi saya kenalkan yang anak sulung sekarang umur 24 tahun, kedua berusia 16 tahun dan yang kecil sekali 13 tahun”.


Anak saya susah nak senyum sebenarnya , sebab tu saya jarang share gambar mereka, bila saya keluarkan kamera masing-masing akan buat muka sampai jadi fedup saya nak ambil gambar dengan mereka. Ada time mereka bermuka normal baru saya masukkam dalam instagram, katanya.


Datik Maria juga menerapkan penjagaan kesihatan terhadap anak-anak dari segi pemakanan, dan sentiasa melakukan aktiviti sihat, suruh mereka makan sayur dan minum air kosong kalau tak mereka suka minum air berkarbonat, makan coklat dan junk food.


Sekarang saya strict sikit, kawal mereka daripada makan junk food, asam dan makanan segera, saya cuba bagi healthy mmeal seperti home cooked food dan sayur. Saya paksa mereka makan dan minum air kosong. Kids nowadays memang macam tu, kata lagi Pengasas dan Pengarah MF Cosmetique itu.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s