"Sepatutnya Tahun Ini Benjy Bebas…" Kisah Benjy Ditahan Di Airport Kuala Namu Hinggalah Hembus Nafas Terakhir Di Dalam Penjara

 

“W. S Rendra seorang penyair Indonesia cerita tentang dunia penjara bukanlah pagar yang membunuh, tapi tekanan emosi tu yang akan merosakkan sistem organ, itu yang membuat aku rosak buah pinggang”


Mahu masuk penjara??? Fikir dahulu sebelum buat, tapi admin nak karang sedikit cerita yang dirujuk terus daripada salah seorang wartawan Malaysia Gazette iaitu Syaril A.Kadir yang bercerita tentang perjalanan Benjy bagaimana mula dia di Airport Medan ditahan sehinggalah menghembuskan nafas terakhir di tirai besi, sedih juga sebenarnya Benjy ni bagi aku dia seorang yang berbakat besar dalam dunia lakonan tapi mungkin ada sedikit salah percaturan la dia boleh terambil benda tu, apapun mari kita sedekahkan alfatihah untuk arwah Benjy terlebih dahulu.



Dalam tahun 2017-2018 ketika itu saudara Syaril ini mempunyai teman rapat dengan ahli politik telah bersepakat bersama ngo untuk mengambil alih pergi beri bantuan rakyat-rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara. Pada masa itu, beliau juga rapat dengan Pejabat Konsulat Malaysia di Medan serta polis Malaysia di sana, mereka pesan kepada saudara Syaril buatlah sesuatu supaya rakyat Malaysia tidak kena tahan lagi di sini, ini kerana setiap hari ada saja tahanan yang datang atau asal dari Malaysia ditahan.


Kalau dulu airport Medan di Bandar Medan tapi sekarang airport baru di Kuala Namu, perjalanan dari bandar Medan ambil masa lebih kurang 2 jam. Sebelum tu kita selit sedikit sejarah Indonesia, ketika pada pemerintahan Bambang jatuh dan naik Pak Jokowi, presiden itu meneruskan misi banteras secara besar-besaran masalah narkotik ni, di sana panggil narkoba. Jadi di airport baru ni lah, permainan duit untuk lepas memang susah jika disabit dengan dadah. Pegawai-pegawai penguasa yang strict memang takkan jumpa dah yang makan suap sebab Pak Jokowi melaungkan banteras jenayah rasuah dan narkoba ini secara besar-besaran.



Cerita dia, kalau flight dari Malaysia je, memang penguatkuasa di Medan akan fokus, sebab flight dari Malaysia ke Medan ni lebih 5-7 kali sehari dengan pesawat Malindo, Air Asia, MAS sama ada dari Kuala Lumpur ataupun Pulau Pinang.


Medan ni mungkin tempat destinasi pelancongan yang murah, lepas tu dekat, jadi banyak pengedar dadah mengambil kesempatan perkara ini. Jadi setiap pelancong Malaysia yang datang ke Medan akan diberi tumpuan khas semasa di airport, jaga-jaga jika dia seorang lelaki, datang berseorangan, kamera semua akan tertumpu. 



Sumber mengatakan, cara mereka menumpukan pesawat dari Malaysia adalah pesawat pertama dan akhir sekali setiap hari. Kalau yang pagi sampai Medan dari Malaysia jam 7 pagi, sebelah malam yang tiba tengah malam.


Ketika Benjy ditahan pada  oktober 2017, saudara Syaril ini antara rakyat Malaysia yang terawal untuk datang bantu arwah Benjy. Bila saja sampai di sana, beliau menghubungi pejabat kedutaan Malaysia. 


Masa tu mula Saudara Syaril menawarkan pertolongan bagaimana dia boleh tolong Benjy, masa tu Benjy ditahan di POLDA Tanjung Murawa, stand word untuk polis daerah macam di sini IPD. Biasalah kalau kena reman ni dia ada masalah besar sikit, jika bukan peguam dan waris terdekat memang susah nak jumpa, lainla penjara boleh melawat, kalau dalam reman sama macam di sini prosedure nya. 


Bagi memudahkan cara kami kena melalui peguam Benjy di Medan, tapi semasa kami di sana Media Indonesia mula dapat hidu tentang seorang pelakon popular ditahan di Medan, sebab kalau di Indonesia mengenai selebriti memang sepantas kilat mereka beritakan, kami difahamakan Benjy mengakui dirinya seorang pelakon dan artis di Malaysia, mungkin dia didesak oleh penguatkuasa jadi dia terpaksa cerita tentang diri dia. 


So, masa tu berebutlah peguam-peguam untuk menawar diri untuk jadi peguam Benjy. Kebetulan kami bersama seorang peguam dia pun terasa inilah masa dia makan duit kami, tapi saudara Syaril berkata kami datang ni hanya misi kemanusiaan, kami tiada hak tentukan siapa peguam Benjy sebab kami bukan waris dan sesiapa yang datang untuk bantu perkara itu. 


Saudara Syaril berkata tidak mengapa lah, bagilah kami jumpa dahulu dengan Benjy jika kami dapat berhubung dengan family di Kuala Lumpur nanti kami akan sampaikan. Masa tu peguam tu dah rasa macam rugi masa je deal dengan kami.


Jadi lepas itu peguam bersetuju juga bawa mereka ke POLDA Tg Murawa. Masa dalam perjalanan kami sempat bertanya apa yang patut dibeli, kata pak supir di sini bajunya wajib dibeli, mendengar perkara itu kami agak kehairanan dan bertanya kenapa, prosedure semasa reman di sini baju apa yang dipakai ketika ditangkap baju tu la dipakai selamanya, di Medan tiada baju khas disediakan oleh Kerajaan, so kami pun beli 3-4 helai baju dan seluar sebab kami juga risau beli banyak nanti takut dibuang je sebab tak tahu prosedure di situ. Lepas tu tapau makanan untuk Benjy kuah hijau masak cili api, ikan, ayam, sayur termasuk dengan anggota tempat reman tu kami tapaukan.


Apabila tiba di POLDA tu sekali lagi masalah birokrasi, agak susah nak bagi orang luar untuk jumpa dengan Benjy, sehingga 3 jam kami menunggu kami rasa macam tak berpeluang, saudara Syaril kata ambilla baju dan makanan ni bagi Benjy, kebetulan masa tu nasib menyebelahi kami seorang pegawai membenarkan kami masuk tapi dibenarkan seorang saja masuk, itupun hanya 5 minit. Dalam fikiran saya, barula nak minta ambil gambar Benjy untuk bagi family dia tapi tak kesampaian, lawyer saja yang masuk tanya apa yang Benjy mahu. 


Benjy mengatakan kepada lawyer itu dan sampaikan kepada saudara Syaril, yang Benjy menangis memohon merayu untuk bebaskan dia, dan dia ada penyakit asma yang kronik. Benjy pesan carila lawyer untuk bebaskan dia dan cari ubat asma untuknya. 


Dah selesai semua, di luar kami masih berselisih faham lagi dengan peguam itu, tadi mula tawar harga lain, sekarang naik pula harga, katanya dia dah tolong bawa sampai ke situ. Kami cakap, Benjy bukan seorang yang kaya, keluarga dia pun susah, kalau di Malaysia pun kesalahan dia bukan dihukum gantung, untuk pengetahun Benjy bukan pengedar dadah, dia ditahan sebab dia pengguna, ini pihak berkuasa di sana yang cakap.


Benjy datang ke Medan disebabkan untuk memenuhi satu job, bukan pergi holiday, peguam mengagak Benjy seorang selebriti yang kaya raya, kami kata nak bayar you all agak mustahil.


Selepas balik ke hotel dan hari seterusnya, kami singgah dahulu untuk melawat penjara di Tanjung Gusta, melihat banduan di sana, tidak sangka ramai rakyat Malaysia ditahan di sana, ada anak seorang Dato, ada tokei nasi kandar Pulau Pinang yang terkenal, memang tak kurang 30 orang yang ditahan sebab kes dadah masa saudara Syaril ni melawat penjara tersebut.


Bila tengok penjara fahamla, gelap kotor, macam mana nanti Benjy masuk ke sini, kami sempat sembang dekat situ bersama banduan, macam mana kehidupan di sini, mereka berkata secara bisik “alah bang kalau kau ada duit kau bahagia saja di sini, tapi kalau miskin faham-fahamla kadang-kadang tak makan. Faham-faham la katanya.


Seorang pegawai kedutaan Malaysia bagitahu Benjy untung juga sebab mereka sentiasa tengok-tengokkan Benjy ubat, makan diberi cuma duit tu susah sebab mereka pun kakitangan kerajaan seperti biasa, yelah banduan tu juga kata kalau ada duit pun boleh whatsapp keluarga di Malaysia, tapi kami lihat Benjy yang sehelai sepinggang, tak tahula macam mana. 


Setelah 3 bulan direman, akhirnya Benjy dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun, selepas empat tahun di dalam penjara Benjy dikatakan berkelakuan baik dan dia diberitahu akan dibebaskan pada tahun 2021 cuma hanya menunggu pendokumentasian untuk bebas.


Kebetulan masa Benjy dijatuhkan hukuman penjara Bapa Benjy sakit strok meninggal dunia. Tepat 11 Julai 2021 pada malam tu Benjy telah dijemput Allah, kerana faktor kemerosotan kesihatan, asma yang kronik itu tak mampu lagi dia survive. Pihak penjara juga memberirahu arwah Benjy sempat khatam AlQuran di dalam penjara, surat terakhir yang persatuan Seniman dapat adalah Benjy tulis dan berkata:


Dia rindukan arwah ibunya Azean Irdawaty, dia rindukan masakan ibunya. Itulah kata-kata akhir dalam surat itu walaupun dia tahu dia akan bebas tahun ini, seolah-olah seperti dia tahu dia akan pergi juga di sini. 


Masa kebumi arwah Benjy, ramai yang datang bantu, Benjy bukanlah kena dera tapi akibat menanggung fizikal yang sakit dengan penyakit asma yang kronik.


Tanah Perkuburan Tanjung Gusta Medan


Benjy selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Tanjung Gusta pada jam jam 12 tengahari.


Alfatihah


#note di sana jika banyak habis duit untuk peguam, kata banduan baik bagi duit tu untuk Benjy makan je, sebab kos peguam tu sebenarnya bukan untuk bebaskan pesalah tapi hanya untuk kurangkan hukuman sahaja. 


Kata rakan-rakan Benjy, dia seorang yang lemah lembut, manja, tak lasak, bagaimana dia menghadapi hidup 4 tahun di penjara dengan asma yang kronik, sebab Benjy ni jenis tak tahan lapar, mungkin kesalahan tu kasar tapi cuma jalan je dia pilih salah, Seniwati Azeanirdawaty pernah kata Benjy seorang anak yang baik, bila dia takde pergi sesi penggambaran Benjy yang tolong masak, kemas rumah, dia seorang yang pandai ambil hati.


#jauhilah dadah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s