Baru Tahu Baju Aina Abdul Merupakan Perjalanan Sejarah 54 Tahun Lalu

 


Aina Abdul atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani (28) merupakan penyanyi yang sangat berbakat. Sehingga kini namanya semakin dikenali  ramai dan meningkat naik. Beliau juga telah diundang untuk menyampaikan persembahan di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34. 


Namun apa yang terjadi, Aina tampil dengan fesyennya yang dianggap unik. Sehingga kini ia menjadi bualan dan perdebatan di sosial media berkaitan fesyennya yang nampak pelik di mata netizen. 



Sebenarnya, baju tersebut menggambarkan sekuntum bunga ros hitam jika dilihat dari jauh. Fesyen yang unik ini mendapat pujian daripada pereka fesyen yang memahami konsep dan gaya yang hendak ditonjolkan oleh Aina. 



Tahukah anda? Fesyen baju tersebut diinspirasi oleh seorang pereka fesyen terkenal iaitu Cristobal Balenciaga  ( 1895-1972) yang berasal daripada Sepanyol. Dalam dunia fesyen, Balenciaga dilihat seorang mahakarya agung, beliau mendahului zaman denga fesyennya yang dikatakan moden dan unik. 



Busana Aina diinspirasikan dari busana Avant Garde; Cristobal Balenciaga “Le Chou Noir” 1967. Rekaan ni terdiri daripada gaun malam yang boleh digayakan menutupi kepala atau bahagian dada. Jika menutupi kepala, ia akan menjadi seperti sebentuk bunga ros manakala jika diletakkan bahagian dada ia menjadi gaun malam yang anggun dan elegan. 



Menurut Azhari Ishak, Balenciaga merupakan designer tersohor yang dihormati rakan sekerjanya. Christian Dior (CD) berkata “Balenciaga mempunyai pemikiran melampaui beratus tahun. Dia merupakan  conductor orkestra, designer lain ni pengikut sahaja”. 


Menurut Coco Chanel pula, “Balenciaga lah ketua master designer sebenar. Yang lain ni hanyalah orang bawahan sahaja”.


Tetapi lain pula dengan netizen. Fesyen bajunya dikecam teruk sehingga ditiru semula supaya kelihatan kelakar dan menghiburkan. Malahan ia turut menjadi perhatian surat khabar berbahasa Cina. 



Sebagai seorang artis profesional Aina tidak cepat melatah. Menurutnya, dia jarang hendak membaca komen netizen. 


“Kalau yang kata fesyen itu plastik sampah, tak berat ke kepala, nampak macam bunga taik ayam itu dikatakan oleh Makcik Senah peniaga ayam, maka seharusnya kita abaikan saja. Kerana nature mereka memang nature makcik-makcik typical”.


“Tapi kalau kritikan berkenaan fesyen diberi oleh Top Fashion Designer Malaysia seperti Calvin Thoo atau Fizi Woo barulah kita rasa ada weightage di situ.Tapi biasanya top designer jarang hendak memberi komen in public”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s