Muka Ada Nur, Jemaah Kampung Baru Kenal Arwah M.Rajoli Siapa

 


M.Rajoli atau nama sebenar Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain dilahirkan pada 7 April 1945 di Pasir Mas Kelantan. Mempunyai dua orang isteri iaitu Hashimah Md Din dan Hajah Wan Chik Daud. Mereka dikurniakan empat orang anak keseluruhan. 


Kerjaya


Beliau cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja. Beliau merupakan seorang pelakon, penghibur dan pelukis.


Pada awal kemunculannya pada lewat 80-an, beliau mengukir namanya dalam bidang seni lakonan dengan membintangi filem-filem dan juga drama tempatan sebagai watak pembantu.


Kebanyakan watak yang beliau bawa adalah antogonis ataupun watak jahat dan sering kali juga menjadi watak komedi. Beliau juga sering membawa watak seorang datuk berpangkat yang kaya dan gatal. Selain komedi, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama.


Imam Besar Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur


Arwah M.Rajoli juga seorang Imam Besar Masjid Kampung Baru, dan ramai nak mengetahui, yang mengetuai bacaan talkin semasa pengebumian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada 29 Mei 1973 adalah arwah M.Rajoli sendiri.



Hari-Hari Sakit Kepala


Tidak menyangka sakit kepala itu adalah sakit biasa, pada 2008 peminat M.Rajoli terkejut yang arwah telah jatuh sakit dengan serius, selepas diperiksa pihak hospital M.Rajoli menghidap penyakit Lymphoma ataupun Kanser Otak. Akibat daripada itu, beliau lumpuh hampir seluruh anggota dan hanya bergantung pada isteri-isterinya.


Menurut isteri kedua arwag, Hajah Wan Chik Daud, M.Rajoli semakin sihat lada awal tahun 2008, kerana setiap hari menjalani terapi dan bergerak dengan bantuan kerusi roda yang dijaga rapi isteri pertama Hashimah Md Din di kediaman AU2 Keramat Kuala Lumpur.


Selepas setahun lebih hanya bergerak di atas kerusi roda dan terbaring atas katil, akhirnya pada pukul 10.45 malam 17 September 2010 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang selepas dimasukkan ke hospital. 


Filem


Drama



Telefilem




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s