Ustaz Kazem Disihir, Kulit Melepuh Terbakar, Bibir Hitam Luka Berdarah

 


Orang ramai terkejut melihat video terkini Ustaz Kazem Ilias yang memakai bedak sejuk di muka. Wajahnya yang cengkung dan pucat memberikan tanda tanya kepada orang ramai. Ustaz Kazem memberitahu wajahnya  berasa sangat panas seperti terbakar. 


Beliau telah berjumpa doktor untuk mengenal pasti penyakit yang dihidapi namun, doktor tidak dapat memastikan penyakit tersebut. Sambungnya lagi, jika ia menghidapi alahan sudah pasti mukanya membengkak dan gatal-gatal. 

Bibirnya juga turut bertukar kehitam-hitaman kerana berasa panas. Menurutnya, bibirnya pedih dan kulit bibir menggelupas. Beliau terpkasa memakai vaselin untuk mengelakkan bibirnya luka lebih teruk. 


Beliau percaya ia merupakan perbuatan khianat orang lain yang tidak mahu dirinya muncul di televisyen. Namun, Ustaz Kazem berusaha untuk berubat dan berserah pada Allah walau  ada individu yang cuba menjatuhkannya dengan menghantar sihir. 


Sihir (Jawi: ‏سيحير‎‎) dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.


Sebelum ini Ustaz Kazem pernah menderita sakit akibat disihir sehingga badannya lemah dan jatuh sakit ketika hendak menyampaikan kuliah agama. Kemudian Ustaz Kazem beransur pulih dan kini beliau jatuh sakit lagi. 


Video:


Netizen berharap Ustaz Kazem segera sembuh  dan mampu berkongsi ilmu dengan orang ramai seperti sedia kala.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s