Bandi Amuk Akan Buka Topeng Kalau Masuk Final GV. Sekali Peminat Dah Kantoikan Muka Dia

 

Nashabandi Bin Jumat (54) yang lebih dikenali sebagai Bandi Amuk kini kembali dalam program realiti TV dalam saluran Astro  iaitu Gegar Vaganza musim ke 8 (GV8) Beliau berhasrat untuk membuka topeng sekiranya masuk ke peringkat final program nyanyian tersebut. 


Menurut katanya, “Bukan berjanji, tetapi InsyaAllah, seandainya saya berjaya mara ke peringkat akhir atau berada di tangga teratas dalam pertandingan Gegar Vaganza musim ke-8, kemungkinan saya akan buka topeng.


“Sebenarnya, ada yang pernah tahu siapa saya. Sebelum ini pun pernah buka topeng, cuma tidak untuk program-program siaran langsung atau depan umum. Tapi, jika ada rezeki Allah SWT kurniakan saya untuk mara ke peringkat akhir GV8, InsyaAllah saya akan buka.


“Tak nak terlalu berharap jadi juara. Kalau ada, kira bonus. Dalam umur begini, saya akui banyak benda yang menyekat diri dan karier untuk berkembang,” katanya.


Menurut Anif Zazali salah seorang peminat GV berkata “Aku syak semalam Nabil dengan Jihan tak tau yang Bandi tu dulu vokalis Febians. Sebab diorang takde mention apa² pun bila Bandi dapat lagu Untukmu Sayang untuk minggu depan”. 



Sambungnya, “Nabil siap ‘bahan’ lagi seolah² lagu tu terlalu ‘slow’ dan mendayu untuk Bandi (dia bahan pasal mulut Bandi tak buka luas masa menyanyi). Walhal, tu lagu dia sendiri kot! Kompom² la dia boleh menyanyi! Bandi siap pernah buat versi baru lagi lagu tu untuk album Amuk”. 


“Oh ya, untuk sesiapa yang tak tahu, nama yang digunakan Bandi masa dalam Febians adalah Nasha – yang juga diambil dari nama sebenar dia: Nasabandi bin Jumat”. 


Rupanya Amuk merupakan bekas kumpulan Fabians. Jadi tidak hairanlah peminat mengenali wajah Bandi ketika sebelum bertopeng. Beliau mula bertopeng ketika menyertai kumpulan Amuk.  Karekternya yang bertopeng kelihatan misteri tetapi bukan lagi rahsia.


Apa kata netizen?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s