"Saya Janda Yang Masih Dara"| Upiak Isil Buktikan Dengan Bekas Suami, Dia Boleh Berjaya

 

Upiak Isil atau nama sebenarnya Nanda Silvia (34) seorang penyanyi, pelakon komedi berasal daripada Bukit Tinggi Sumatera Barat, Indonesia. 


Beliau menyanyi sejak berusia 13 tahun  dan memiliki hampir 60 buah lagu. Dalam tempoh tersebut Upiak telah menghasilkan 15 buah album dan terlibat dengan pelbagai rancangan, drama dan filem.


Beliau  tidak menyangka lagu  Tak Tun Tuang yang direkod tiga tahun sebelumnya telah mencuri hati peminat di Malaysia dan Thailand. Upiak seterusnya telah banyak mendapat jemputan dari negara jiran selain semakin popular di Indonesia. 



Kisah Hitam Rumah Tangga


Kejayaan yang dikecapi dalam bidang seni bukannya datang dengan mudah tetapi diiringi air mata yang banyak. Upiak menceritakan kisah silam rumah tangganya yang musnah kerana tidak direstui oleh ibu mertua. Malahan suaminya tidak menidurinya selama 2 tahun dan dia dengan bangga dia adalah janda yang masih dara. 


Ibu mertuanya sempat mencaci lagu Tak Tun Tuang dan menganggap Upiak gila kerana menghasilkan lagu sedemikian. Selepas Upiak berjaya merekod video untuk lagu tersebut, dia diceraikan suaminya dan ditinggalkan dengan perempuan lain. Hati siapa yang tidak hancur. Dia hanya menangis beberapa hari dan mengasingkan diri dalam dunia hiburan. 


Tuah Yang Tidak Disangka


Siapa sangka rezeki yang diberikan Allah. Walaupun lagu Tak Tun Tuang telah dirakam pada tahun 2015, tiga tahun kemudian ia menjadi popular sehingga ke negara jiran. 


Nama Upiak semakin popular di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Kini Upiak terus aktif dalam bidang seni dan menceburkan diri pula dalam perniagaan makanan. Beliau telah membuka kedai Bakso Tak Tun Tuang. Kini  mempunyai 5 cawangan di Indonesia. Bukan itu saja, Upiak telah menyertai pertandingan nyanyian  yang sangat popular di Malaysia iaitu Gegar Vaganza. Rancangan Gegar Vaganza musim ke-8 buat pertama kali telah menjemput artis Indonesia sebagai peserta iaitu Upiak. 



Pencapaian Upiak pada masa ini sudah cukup membanggakan keluarga dan dirinya. Dia berkata selepas bercerai beliau bertekad untuk membuktikan dengan bekas suami dia mampu berjaya dalam bidang seni satu hari nanti. Moga Upiak terus sukses dan mencapai impian yang dihajati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s