Aini Jasmin Bakat Tiada Galang Ganti, Seorang Permata Industri Dilupakan Semasa Akhir Hayatnya

 

Nama Aini Jasmin memang tidak asing lagi kepada peminat filem-filem Melayu. Dia sangat popular dengan wataknya di dalam filem Pendekar Bujang Lapok (1959) arahan P. Ramlee, walaupun hanya sebagai pelakon pembantu.


Aini Jasmin dilahirkan di Batavia (nama asal Jakarta) pada tahun 1923. Manakala 1927 adalah tahun daftarnya sejak berusia belasan tahun dia telah aktif di pentas bangsawan sebagai penari dan pelakon. Rombongan bangsawan yang diikutinya itu telah menjelajah di bandar-bandar besar di kepulauan Sumatera dan Singapura.


Setelah perusahaan filem Melayu di Singapura terhenti pada tahun 1973, Aini Jasmin menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupannya. Dengan usianya yang semakin lanjut, peluang pekerjaan untuk dirinya agak terhad. Pernah suatu ketika, beliau dikhabarkan bekerja di sebuah kilang membuat sabun.



Walaupun sudah terlibat lebih 70 buah filem dari 3 buah studio berbeza, namun terhimpit dalam kemasyuran namanya.


Kisah sedihnya diceritakan orang ramai ketika itu, tiada tempat bergantung, tiada pendapatan dan masa tu tiada siapa yang mengingatinya kerana telah tua.

 


Aini Jasmin meninggal dunia pada tahun 1988, kira-kira 7:40 pagi di Blok 109, Aljunied Crescent. Menurut anaknya, beliau dibawa pulang sehari sebelumnya setelah sebulan dirawat di Hospital Besar Singapura akibat tercedera kerana terkena air panas. Beliau kemudiannya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura. Tahun ini merupakan 33 tahun pemergian beliau ke Rahmatullah.


Al-Fatihah buat roh Allahyarham Aini Jasmin.  (1923-1988)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s