Patutla Dah Tak Nampak Lakonan Arwah Aziz Singah, Sudah Meninggal Dunia 5 Tahun Lepas

 


Aziz Singah atau nama sebenarnya Datuk Abdul Aziz Zaid Singah dilahirkan pada 3 Oktober 1940, masa eranya ramai yang popular seperti Kuswadinata, Zulkifli Zain, Abu Bakar Omar, Abu Bakar Juah, Baharudin Omar dan ramai lagi.


Sebeluk terbabit dalam dunia lakonan arwah Aziz Singah muka dengan kerjaya penyampai radio sebelum meluaskan namanya dalam dunia televisyen.


Beliau berkahwin dengan pasangan bernama Khatijah Abu Hassan pada 1967 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki, kemudian telah bercerai pada 1990, seterusnya berkahwin dengan Datin Zunita Mohamed pada tahun 1991 dan dikurniakan juga tiga orang anak lelaki. 

Pengarah Filem Bob Singah atau Ruzaimi Aziz

Filem Balun adalah arahan Bob Singah

Semasa kecil lagi Aziz Singah hidup tanpa belaian seorang bapa, apabila ditemuramah beliau memberitahu arwah bapanya sama unit dengan Leftenan Adnan sehingga mereka terkorban bersama pada usia 24 tahun kerana dibunuh tentera Jepun sewaktu perang dunia kedua, ketika itu usia Aziz Singah dua bulan. 


Bakat lakonanya mula diuji pengarah M.Amin dalam filem Jahanam 1971, Aziz juga sempat melahirkan dramatis bintang seperti Fauziah Nawi melalui drama Tahan Kinabalu. 


Aziz juga menjadi Presiden Persatuan Seniman Malaysia pada 3 Julai 1999, semasa beliau menjadi Presiden, beliau perjuangkan supaya seniman tanah air diiktiraf, akhirnya beliau sempat menerima Darjah Dato Setia Negeri Sembilan yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar Tunku Abdul Rahman pada 18 Julai 2005. 


Arwah Aziz juga memegang rekod pelakon terbanyak berlakin di eranya dengan sebanyak 500 drama dan 13 filem. Akhirnya beliau meninggal akibat menderita kanser prostat di kediamannya Bandar Putra Permai Seri Kembangan pada jam 11 malam 1 Julai 2016 pada usia 75 tahun. 



Filem


Drama

Telefilem


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s