Foto Terkini: Menyepi Selepas 15 Tahun, Gambar Anak Dara Arni Sebiji Copy Paste Awie Raih Perhatian Netizen

 


Arni Nazira Anuar seorang penyanyi wanita Malaysia yang gemilang pada tahun lewat 90-an, bakatnya yang mula digilap menerusi pertandingan Asia Bagus telah menempah namanya di persada penyanyi tanah air.


Berusia 43 tahun tapi masih mempunyai wajah cantik, diikuti anak daranya yang ramai puji ikut cantik maknya. Arni yang mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon terkenal Awie pada 10 Disember 1998 di Teluk Baru Tanjung Lumpur Kuantan Pahang. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan yang lahir pada 2000 dan 2002. 


Perkahwinan tersebut berakhir pada 16 Oktober 2006 apabila Awie sendiri mengaku berkahwin dengan Rozana Misbun adik kepada Haliza Misbun di Thailand pada tahun 2005. 


Arni telah bertemu jodoh kali kedua pada tahun 2009 dengan rakan sekolahnya dan kini bahagia bersama tiga cahaya mata lagi.


Dalam pada itu netizen mula memberi tumpuan kepada anak Arni yang mula menunjukkan iras muka maknya dan seorang lagi muka Awie. Netizen sempat memuji cantik seperti mak dia sendiri. 


Arni juga sempat berlakon dalam filem pertamanya pada tahun 1998 bertajuk Nafas Cinta dan filem terakhir tahun 1999 iaitu Bara. 


Seniwati Noorkumalasari juga punya hubungan kekeluargaan sebelah suami Arni Nazira, menurut Arni mereka jarang berjumpa melainkan ada majlis keraian contohnya kenduri atau family gathering. 



Arni juga berkata dia suka mendengar Noorkumalasari bercerita pengalaman lakonannya meskipun sudah bersara. Menurut Arni lagi sikap Noorkumalasari yang ceria dan tidak sombong walaupun seorang lagenda telah menginspirasikan dirinya.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s