Pembunuhan Ngeri Penari Lily Chua Yang Buah Dadanya D1kelar Dan D1kerat 11 Bahagian

 


Bila bercakap mengenai pembunuhan ngeri di negara ini, ramai yang ingat Mona Fandey sahaja. Ini kerana wanita itu, suaminya Affandi dan pembantu mereka, Juraimi terlibat dalam kes kematian wakil rakyat Datuk Mazlan Idris yang telah dibunuh dan dikerat kepada 18 bahagian di Ulu Dong, Raub, Pahang. 


Namun tahukah anda, pada tahun yang sama juga berlaku satu kes pembunuhan yang hampir serupa di Kuala Lumpur. 


Namun mangsa kali ini merupakan seorang penari wanita Chua Yue See atau Lily yang berusia 30 tahun. Kalau Mazlan dikerat 18 bahagian, Lily pula 11 bahagian!


Kes Lily ini bermula pada 8 Julai 1993 bila seorang pemotong rumput menemui beberapa bahagian tubuh manusia dalam parit di Jalan Langgak Tunku, Kuala Lumpur.  


Beberapa bahagian lagi ditemui tiga hari kemudian kira-kira satu kilometer dari lokasi asal penemuan mayat. 


Mangsa telah dibunuh, dicincang dan dimasukkan ke dalam beg plastik. 


Ketika itu polis syak ia dilakukan seorang yang cukup mahir dengan tubuh anatomi manusia kerana cara mayat itu dikerat cukup ‘cantik’ – satu tulang pun tak patah!


Buah dada sebelah kiri mangsa telah dikelar beberapa kali dan mangsa dipercayai telah bergelut dengan pembunuhnya sebelum itu. 


Ada satu fakta menarik, untuk membantu mengenalpasti mangsa, seorang pelukis terkenal, Amiruddin Ariffin telah diminta oleh pihak polis untuk melukis lakaran wajah mangsa berdasarkan bahagian tubuh mayat yang telah reput itu.


Bila lakaran itu disiarkan dalam akhbar-akhbar seluruh negara, polis mula mendapat petunjuk hingga membawa mereka ke sebuah apartment di ibu kota. 


Di sana mereka menemui nombor telefon seorang wanita bernama Cindy Chua.


Setelah menemui Cindy, barulah polis tahu bahawa mangsa adalah kakaknya, Lily. 


Cindy mengesahkan mayat itu adalah kakaknya berdasarkan parut di kaki dan hidung. 


Parut itu adalah kesan pembedahan plastik yang pernah dilakukan kakaknya itu. 


Lily adalah penyanyi dan penari sebuah pub di Kuala Lumpur dan mereka berdua juga membuka sebuah lounge karaoke di ibu negara. Lily seorang janda dua anak. 


Bila polis menggeledah apartment Lily di Pudu, mereka menemui nombor telefon teman lelakinya, Gan Wei Seng, seorang bekas pastor yang juga guru muzik kepada mangsa. 


Wei Seng akhirnya ditahan dan mengaku melakukan pembunuhan tersebut. 


Dia juga menunjukkan pisau yang digunakan untuk membunuh dan mengerat teman wanitanya itu.


Sewaktu perbicaraan, mahkamah diberitahu pembunuhan itu berlaku di Kondo Villa Putra, Jalan Sultan Ismail iaitu rumah Wei Seng. 


Motif pembunuhan adalah CEMBURU. Katanya sebelum pembunuhan berlaku, mereka berdua sempat berasmara!


Pada 10 Mac 1994, Wei Seng dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun sebelum dikurangkan kepada 12 tahun setelah peguamnya membuat rayuan. 



Menurut peguam Wei Seng, tertuduh TIDAK BERNIAT membunuh teman wanitanya itu tetapi mangsa telah mengambil pisau dan menyerangnya apabila berlaku pertengkaran di antara mereka berdua.


Ini kerana mangsa tidak berpuashati kerana teman lelakinya itu enggan menceraikan isterinya.


Dalam pergelutan untuk mempertahankan dirinya, peguam Weng Seng mendakwa anak guamnya menikam mangsa.


Disebabkan terlalu takut, anak guamnya itu telah bertindak mengerat tubuh mangsa untuk menghilangkan identiti wanita berkenaan.


Apa pun kalau diikutkan tarikh jatuh hukum itu, Wei Seng mungkin sekarang telah pun dibebaskan dari penjara.


Dalam erti kata lain, dia keluar dari penjara membawa bersama kisah pembunuhan ngeri yang pernah dilakukannya. 


Berbeza pula nasib Mona Fandey, Affandi dan Juraimi yang telah pun menemui ajal di tali gantung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s