Siapakah Yang Layak Digelar Biduanita Negara, Allayarhamah Sharifah Aini Derita Fibrosis Paru-Paru Sebelum Meninggal Dunia

 


Datuk Sharifah Aini adalah satu-satunya artis Malaysia yang digelar Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma memegang gelaran tersebut. Ia adalah gelaran yang tertinggi dan gelaran seperti ini hanya diberikan kepada artis wanita yang begitu berjasa kepada rakyat, negara dan juga membawa nama hingga ke tahap antarabangsa. Ia adalah suatu penghormatan kepada Sharifah Aini setelah lama penghormatan ini diberikan kepada Saloma. 


Kini, selain gelaran Biduanita Negara seperti gelaran Biduanita Muda Negara, artis yang menyandang gelaran ini adalah Siti Nurhaliza. Gelaran tersebut pernah disandang oleh Datuk Sharifah Aini sewaktu di zaman kegemilangannya dahulu. Beliau telah menerima Anugerah Tertinggi Biduanita Negara di Anugerah Kecapi anjuran RTM. Penerimaan anugerah tersebut adalah sebagai tanda penghormatan kepada beliau yang telah lama memperjuangkan diri dalam bidang seni suara sekaligus telah mengharumkan nama negara hingga ke arena seni antarabangsa.


Kejayaan


– Memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang RTS 1968 dengan mendendangkan lagu ‘Tiga Malam’.


– Penghibur wanita pertama yang menerima anugerah di Festival Filem Asia Pasifik 1977 di Korea.


– Sharifah adalah merupakan artis yang terkenal dan begitu diminati oleh semua peminat di rantau Asia. Ia sekaligus menjadikan diri beliau sebagai penghibur tersohor Asia.


– Menjuarai pertandingan di Anugerah Lagu Asia Pasifik pada tahun 1975.


– Merupakan artis Malaysia dan Asia pertama mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall, Singapura.


– Artis pertama paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman (EMI) di Malaysia.


– Sharifah adalah artis Malaysia pertama digelar Superstar. Ia adalah berdasarkan kehebatan populariti beliau yang tiada tandingan serta mampu merentasi di beberapa buah negara di seluruh Asia.


– Pernah mengadakan persembahan eksklusif dan konsert besar di beberapa negara seperti Jerman, United Kingdom, Belanda, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Hong Kong, Jepun, Brunei, Singapura dan Indonesia


– Artis malaysia pertama paling banyak menghasilkan album di dalam dan luar negara.


– Nama tercatat di dalam ‘Malaysia Book Of Records’ sebagai ‘Artis Malaysia Pertama Paling Lama Bertahan Di Bawah Satu Syarikat Rakaman’.


– Sharifah adalah salah seorang tokoh seni yang digelar sebagai Dermawan kerana kejujuran dan keikhlasannya yang sentiasa memberi pertolongan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Di sebalik keikhlasan dan kemulian hatinya, beliau juga turut digelar antara Usahawan paling berjaya sekaligus telah menjadi dirinya sebagai seorang Jutawan terkenal. Sharifah mempunyai aset hampir ratusan juta ringgit. Ia adalah hasil daripada kerja keras serta titik peluhnya sendiri selama hampir empat dekad beliau berkecimpung dalam bidang seni suara sekaligus telah meletakkan diri beliau setaraf dengan artis-artis antarabangsa. Namun begitu, beliau tetap merendah diri dan tidak pernah lupa asal-usulnya. Itulah keistimewaan Biduanita Negara dan Asia ini.


– Sharifah merupakan satu-satunya artis yang masih dijadikan contoh ataupun dipanggil sebagai ‘Role Model’ oleh semua lapisan masyarakat.


– Artis Malaysia yang mampu menyanyikan pelbagai rentak lagu seperti Ghazal, Deli, Pop, Evergreen, dan juga Rock serta Hip Hop dengan baik.


– Sharifah pernah tersenarai dalam ‘Lima Tangga Teratas Artis Paling Popular Asia’ di sekitar era 70an dahulu.


– Sharifah merupakan antara artis yang menerima bayaran royalti tertinggi bagi satu penjualan album. Selain beliau, artis lain yang juga merupakan artis bayaran royalti tertinggi ialah seperti Anita Sarawak, Sheila Majid, Ella, Fauziah Latiff, Ziana Zain, Ning Baizura, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan ramai lagi. Beliau juga merupakan artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi satu undangan persembahan.


– Beliau pernah berbakti dengan membuat 2,518 persembahan amal tanpa bayaran. 


– Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi pada 5 Julai 2014, di Pusat Perubatan Pakar Damansara, dari komplikasi fibrosis paru paru (pulmonary fibrosis). Allahyarhamah berusia 61 tahun. Allahyarhamah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada 1 Julai 2014. Jenazah telah dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Doktor Ismail selepas solat Subuh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.


Meninggal Dunia


Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi pada 5 Julai 2014, di Pusat Perubatan Pakar Damansara, dari komplikasi fibrosis paru paru (pulmonary fibrosis). Allahyarhamah berusia 61 tahun. Allahyarhamah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada 1 Julai 2014. Jenazah telah dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Doktor Ismail selepas solat Subuh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.


Anugerah

Panglima Jasa Negara (PJN) – Datuk 2003

Johor – Setia Mahkota Johor (SMJ) 1983


Al Fatihah



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s