Wanita Maut Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan Melawat Jenazah Ibu Di Kampung

 

Setiu – Hasrat seorang wanita untuk menziarah jenazah arwah ibunya yang meninggal dunia kelmarin tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di KM 74, Jalan Air Sejuk


Dalam kejadian pada pukul 7.15 pagi itu, Nadia Fizatul Hanim Zamani, 23, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.



Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, suami mangsa, Muhamad Nazirul Rameli, 23, pula mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan.


Beliau berkata, sewaktu kejadian, pasangan suami isteri yang menetap di Johor itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung Nadia Fizatul Hanim di Kampung Pulai Chondong, Machang, Kelantan.


Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka dipercayai tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.


Isteri pemandu (Nadia Fizatul Hanim) tercampak keluar dari kereta sebelum disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang tiba tidak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.


Afandi berkata, mayat Nadia Fizatul Hanim telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk dibedah siasat. 


Sumber: MOHD AZLI ADLAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s