Masih Setia Memeluk Ibu, Walaupun Ibu Kucing Dah Mati Dihurung Semut | Video Anak Kucing Ini Buat Netizen Sebak

 


‘Masih setia di sisi maknya’ itulah ungkapan sedih ketika melihat seekor anak kucing sedang memeluk ibunya yang telah mati. Seorang pengguna facebook iaitu Wan Lin telah merekod video seekor anak kucing yang dijumpainya di tepi jalan ketika pulang dari berkerja. 


“Subhanallahi rabbil aalamiin rabbil arsyil adziim.


Sewaktu menyusuri jalan pulang ke rumah saya ternampak anak kucing memeluk maknya.Bila sampai dekat baru jelas yg mak dia dah kaku dah tiada.Amat menyayat hati, tak sedar airmata mengalir”. 


Sambungnya lagi, 


“Sampai kat rumah saya terus bagi makan. Memang lapar kebuluran ada rezeki untuknya”. 



Rata-rata netizen mengesyaki ibu kucing tersebut mati mungkin disebabkan keracunan kerana tidak terdapat kecederaan atau darah di mana-mana bahagian, hanya air liur dan kencing yang mmembasahi badannya yang kaku. Jika ia benar di racun, ketahuilah perlakuan tersebut amat zalim terhadap haiwan. Walau bagaimanapun, terima kasih kepada wanita tersebur yang sudi mengambil anak kucing itu untuk dijaga. Semoga Allah meluaskan rezeki orang yang selalu menolong binatang yang teraniaya aminn.


Video: 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s