Muka Berubah, Netizen Dedah Fatiya Latif Guna 'Filler' Untuk Tampil Lebih Cantik

 


Fatiya Latif, 34 seorang pelakon  jelita yang berbakat dan dikenali ramai. Beliau bergiat aktif dalam bidang seni sejak tahun 2009. Namun sejak kebelakangan ini beliau banyak terpalit dengan pelbagai kontroversi yang sedikit sebanyak telah memudarkan namanya sebagai anak seni. 


Anak kelahiran Pulau Pinang ini sebenarnya sangat berbakat dalam bidang lakonan. Setelah sekian lama menyepi, akhirnya Fatiya mula bergiat semula dalam bidang seni. Imejnya tampil lebih segar dan jelita. 


Namun ramai peminat seperti tidak mengenalinya. Wajahnya dikatakan berubah sehingga peminat tidak percaya gambar tersebut adalah wajah Fatiya Latif. Salah seorang netizen telah mendedahkan Fatiya telah   menggunakan ‘filler’  iaitu sejenis cecair seperti jelly yang dicucuk masuk ke dalam kulit muka melalui hidung dagu dan pipi. Ia bertujuan untuk menganjalkan dan menengangkan  kulit. Namun kebenarannya masih tidak dipastikan. 


Dalam media sosialnya, Fatiya banyak berkongsi rawatan kulit wajahnya di sebuah klinik kecantikan. Rawatan tersebut telah menaikkan lagi seri wajahnya. 


Diharap netizen jangan cepat melatah sekiranya perkara tersebut belum dapat dipastikan. Moga Fatiya terus istiqamah dan tabah dengan cabaran yang dihadapi di hari mendatang.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s