Dua Pengembara Afrika Positif Covid Omicron Di Lapangan Terbang Changi Singapura

 

Singapura – Dua pengembara dari Afrika Selatan yang transit di Singapura sebelum meneruskan penerbangan ke Australia  disahkan positif varian Omicron COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).


MOH berkata Kementerian Kesihatan New South Wales (NSW) mengesahkan bahawa kedua-dua pengembara yang tiba di Sydney dari selatan Afrika dengan penerbangan Singapore Airlines SQ211 pada 28 Nov disahkan positif bagi varian baharu itu.


Kementerian berkata pengembara itu berlepas dari Johannesburg pada 27 Nov melalui Singapore Airlines SQ481 dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada hari yang sama untuk penerbangan transit mereka.


“Saringan COVID-19 yang dibuat sebelum mereka berlepas di Afrika Selatan pada 27 Nov adalah negatif,” katanya dalam kemas kini harian mengenai COVID-19 lewat malam tadi.

MOH berkata kebanyakan pengembara kekal di kawasan transit di Lapangan Terbang Changi sehingga berlepas ke Sydney pada 28 Nov, dan tidak memasuki Singapura atau melawat kawasan lain di Lapangan Terbang Changi.


“Enam daripada tujuh penumpang daripada penerbangan itu yang berada di Singapura pada masa ini melaksanakan Notis Duduk Rumah (SHN) 10 hari di kemudahan khas dan akan membuat ujian PCR. Seorang lagi adalah kontak rapat dengan individu yang dijangkiti dalam penerbangan dan sedang dikuarantin,” kata kementerian itu.


Pengesanan kontak sedang dijalankan ke atas kakitangan lapangan terbang yang mungkin menjadi kontak sementara kes itu, kata MOH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s