Langgar SOP Dan Cium Piala, Netizen Risau Cetus Kluster Piala Malaysia

 


Kemenangan Kuala Lumpur City FC sememangnya tidak dijangka oleh rakyat Malaysia. Kuala Lumpur City FC menewaskan Johor Darul Ta’zim 2-0 untuk menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama sejak 1989!


Peluang terbaik separuh masa pertama hadir kepada Bergson da Silva yang melepaskan rembatan dari luar kotak penalti yang terkena tiang gol pada minit ke-9.


Sambung babak kedua, Zhafri Yahya memecah kebuntuan pada minit ke-66 dengan menyudahkan hantaran J. Partiban. Selang lapan minit kemudian, ketua pasukan Paulo Josue menewaskan Farizal Marlias untuk gol kedua KL City.


Kemenangan ini tidak dijangka kerana JDT FC dilihat merupakan kelab bola sepak yang kuat dan sukar dikalahkan. Namun, keajaiban telah berlaku. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada KL City FC!


Di dalam keghairahan menyokong kelab bola sepak, penyokong  hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan. Dilihat tiada penjarakan sosial selepas perlawanan sengit berlangsung. Pemain-pemain  juga, turut mencium piala ditempat yang sama berulang kali. Ingatlah dalam kegembiraan  kita virus Covid masih berleluasa. Amalkan norma baharu dan berhati-hati ketika melakukan apa-apa aktiviti.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s