Wajah Puan Sri Normala Samsudin Tidak Dimamah Usia Walaupun Sudah Ada 7 Cucu, Siap Throwback Dan Kongsi Gambar Mahal!

 

Tidak asing lagi satu ketika dahulu seorang pengacara TV terkenal Normala Samsudin diminat ramai kerana wajah manis. Pernah menerima tawaran berlakon dan sempat berlakon dalam filem Gerak Khas Movie 1 dan 2 tahun 2001, 2002  filem Idola 2002, dan filem Neon 2003.


Pernah juga dapat julukan perempuan melayu terakhir satu ketika dahulu kerana perwatakan lemah lembut, wajah anggun dan pandai menjaga sosial.


Puan Sri Datin Sri Normala Samsudin dilahirkan di Segamat Johor pada tahun 1964. Beliau juga memulakan kerjaya awal sebagai wartawan penyiaran sebelum diberi tanggungjawab sebagai penyampai tv dengan membaca berita waktu perdana, akhirnya bakatnya kian terserlah.


Popularitinya semakin meningkat awal 2000 apabila wajahnya sering kali terpapar di kaca tv sebagai pengacara Nona dan Seulas Pinang sekaligus ramai gadis mengidolakan beliau sebagai inspirasi untuk menjadi pengacara tv dan pembaca berita.


Menamatkan Zaman Bujang


Puan Sri Normala Samsudin melangsungkan perkahwinannya dengan seorang bekas ahli politik dan juga bekas Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.


Menurut pemiliknya sendiri, dia selesa memberi tumpuan kepada suami dan anak-anak. Walaupun usianya sudah mencecah satu abad, namun bak kata, wajah nenek kepada tujuh cucu itu tidak dipengaruhi oleh usia. Dia lebih anggun apabila berhijab. 


Baru-baru ini, Puan Sri Normala telah memuat naik foto throwback dia dan suami semasa majlis perkahwinan pertama mereka.


Pada kapsyen itu tertulis perkataan ‘alhamdulillah’ dan juga tahun 2006 iaitu tahun pasangan itu disatukan sebagai suami isteri.


Dalam gambar tersebut, Normala kelihatan cukup anggun dan menawan dengan gaun putih bersama suami tercinta yang tidak kurang tampannya.


Tidak seperti pasangan suami isteri lain yang meraikan setiap kali sebelum tarikh bahagia disatukan, bagaimanapun menurut Normala, mereka berdua memilih untuk tidak menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.


Sebaliknya mereka hanya berharap untuk bahagia bersama keluarga dan bersyukur dengan segalanya.


Walaupun sudah 15 tahun usia perkahwinan pasangan ini, namun tetap sweet dan loving. Berjalan berpimpin tangan dan sesekali sang suami mengusik manja sang isteri.



Tak perlu celebrate janji bahagia

nurulasyikinbakriSemoga Kekal Bersama Hingga Ke Jannah.. The Most Sweet Couple.. ❤️❤️❤️
haidziro_lady_rogerAlhamdulillah.. Janji bahagia kan. X perlu selebrate kalau hati dh penuh dgn cinta, kasih syg & kebahagiaan. Hari2 dh celebrate tu 😍😍
ariey_armanstill remember…msa sy form 2..arwah babah sy vid kol msa wed u datin..bfore n now msih cntik n maintain…selamat ulang tahun datin n dato..😍



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s