Bapa Noryn Aziz Meninggal Dunia

 


Penyanyi Noryn Aziz menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi berita duka apabila bapanya iaitu Abd. Aziz Mohd Dali telah meninggal dunia akibat penyakit barah hati tahap empat, kira-kira pukul 2.30 petang Khamis.


Menurut Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abdul Aziz, 45, Allahyarham bapanya itu menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Shah Alam, Selangor.


“Dukacitanya dimaklumkan ayah kesayangan saya telah kembali ke rahmatullah petang ini di rumah keluarga kami. Meninggal dunia pada pukul 2.30 petang di kediaman di Shah Alam, Selangor disebabkan liver cancer stage 4.


“Al-Fatihah buat ayah tersayang,” kata Noryn yang menerima banyak ucapan takziah dan doa daripada pengikut serta rakan-rakannya.


Tambah Noryn, jenazah disolatkan selepas Isyak di Surau Rahaiyatul Firdaus, Alam Budiman U10, Shah Alam dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Budiman Meru, Klang Selangor.



Sumber: Artis Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s