Doktor Didenda Kerana Salah Potong Kaki Pesakit

 

Vienna – Seorang doktor wanita di Austria yang memotong kaki yang salah milik pesakitnya telah dikenakan denda berjumlah USD3,049 (RM12,895) lapor akhbar New York.


Doktor tersebut yang sepatutnya memotong kaki kiri pesakit warga emas itu telah bertindak memotong kaki kanannya dan hanya menyedari kesilapan itu dua hari kemudian.


Pesakit tersebut tiba di klinik Freistadt pada Mei lalu untuk prosedure memotong kaki kirinya. Namun, doktor wanita tersebut telah menandakan kaki yang salah untuk dipotong.


Semasa menukar pembalut, kesilapan itu telah disedari dan pesakit telah diarahkan untuk menjalani satu lagi pembedahan untuk memotong kaki yang sepatutnya.


Hospital itu berkata dalam satu kenyataan bahawa punca dan keadaan kesilapan perubatan itu telah diteliti secara terperinci dan menyifatkan inaiden tersebut berpunca daripada kesilapan yang malang. 


Doktor tersebut telah dipindahkan ke sebuah hospital lain dan separuh daripada dendanya telah dimansuhkan.


Mahkamah mendapati bahawa pakar bedah berusia 43 tahun itu bersalah kerana kecuaian dan mengeluarkan perintah tersebut.


Isteri kepada pesakit itu yang meninggal dunia sebelum kes tersebut dibawa ke mahkamah turut diberikan wang pampasan berjumlah USD5,660 (RM23,938).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s