Filem & Lagu: Pandai Cakap Tamil Juga P.Ramlee Dan Saloma, Filem 1 Malaysia Yang Tak Ditayangkan

 


Satu lagi filem yang mempunyai jiwa besar, kisah cinta dan semangat satu Malaysia tapi agak jarang nak ditayangkan di kaca tv, yang membosankan asyik ulang-ulang cerita sama, memang tak dinafikan cerita P.Ramlee semua best ada jiwa tapi letih juga kan kalau asyik ulang cerita sama.


Kali ini kita throwback balik Filem Gerimis tahun 1968, pengarah Tan Sri P.Ramlee sendiri, memaparkan sebuah kisah cinta tapi berlainan bangsa, lari daripada keluarga kerana cinta mereka tak dapat restu. Dalam cerita ni P.Ramlee sebagai Kamal, Chandra Shanmugam sebagai Leela heroin filem ini.


Tetapi dalam filem Gerimis ini ada lagu yang didendangkan bertajuk Pujaan Ku, P. Ramlee dan Saloma yang menyanyikannya, P.Ramlee nyanyi bahasa Melayu, manakala Saloma menyanyikan dalam bahasa Tamil.


Lagu Pujaan Ku 1968, Dendangan P.Ramlee (Melayu) dan Saloma (Tamil)

Heroin Filem Gerimis Chandra Shanmugam berlakon bersama P.Ramlee

Dalam Filem Gerimis ini juga, anda boleh tonton Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (Kamal) bersembang dengan isterinya Chandra Shanmugam (Leela) dalam bahasa Tamil, pasti teruja kalau tengok, filem macam ni susah nak ada dah zaman sekarang, masing-masing dengan perangai sendiri.

Chandra Shanmugam:

Pada era 70-an dan 80-an, filem lakonan seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Gerimis (1968) akan disiarkan di RTM pada sambutan Hari Kemerdekaan hampir setiap tahun.

Filem tersebut menceritakan pencintaan dua individu berlainan bangsa iaitu Kamal (P.Ramlee) dan Leela (Khatijah Maidin atau lebih dikenali sebagai Chadra Shanmugam).

Walaupun gerimis pada asasnya adalah kisah cinta, filem itu menyelitkan semangat 1Malaysia.

Ketika ditemui di kediamannya di sini, Chandra, 78, mengimbau kembali bagaimana P.Ramlee sentiasa menekankan bahawa rakyat Malaysia adalah satu keluarga yang besar tanpa mengira kepelbagaian agama dan bangsa.

“Itu dapat dilihat dalam semua filem, P.Ramlee dan isterinya, Saloma sentiasa mengamalkan semangat ini,” kata Chandra yang juga merupakan penyair Tamil terkemuka negara, penulis skrip, komposer dan juga penyanyi.

Chandra yang juga guru terlatih berkata beliau meninggalkan bidangan pendidikan selepas setahun dan mula berlakon di atas pentas.

Selepas itu, beliau berlakon menerusi radio dan melakukan alih suara untuk RTM.

“Saya bekerja sepenuh masa di Kesatuan Ladang Kebangsaan (NUPW) dan secara sambilan di RTM,” kata ibu kepada dua orang anak itu.

Beliau juga mengimbas kembali bidang penulisan skrip dan produksi di RTM.

Chandra yang turut berlakon dalam siri TV popular 4 Sekawan menceritakan bagaimana beliau diambil untuk memegang watak Leela dalam Gerimis.

“Apabila saya diberitahu bahawa P. Ramlee berminat terhadap saya untuk memegang watak tersebut, saya pada mulanya menolak kerana sudah bergelar isteri dan ibu. Malah didikan agama yang konservatif menjadikan ia lebih sukar untuk berpura-pura menjadi isteri kepada lelaki lain, walaupun hanya dalam filem,” kata Chandra.

Beliau berkata P. Ramlee dan Saloma menyakinkannya supaya memegang watak tersebut, malah diberikan jaminan untuk tidak melakonkan adegan yang tidak diingininya.

Chandra berkata P. Ramlee pernah memberitahunya:”Anda orang India dan heroin saya berbangsa India.”

“Saya harus menukar nama anda kerana jika anda menggunakan nama sebenar Khatijah, mungkin ada orang fikir watak itu dibawa pelakon Melayu.”

Beliau berkata Ramlee kemudiannya menamakannya sebagai Chandra dan nama suaminya Shanmugam turut diletakkan bersama.

“Beliau berkata Chandra bermaksud bulan dan ia adalah nama yang baik.

“Saya terus menggunakan nama tersebut selepas Gerimis dan saya masih dikenali sebagai Chandra sehingga hari ini,” katanya.

Lagu utama untuk filem tersebut, Pujaan Ku yang juga duet antara P. Ramlee dan Saloma dalam bahasa Tamil kini menjadi carian hangat di Internet.

Chandra turut melatih Saloma untuk menyebut perkataan Tamil sebelum rakaman, menulis lirik Tamil bagi lagu tersebut.

“Walaupun tidak bertutur dalam bahasa Tamil, Saloma berjaya menyanyikan lagu itu dengan penuh semangat,” katanya.

Chandra teringat bahawa bukan suatu yang luar biasa untuk pelbagai masyarat menerima budaya dan amalan masing-masing dengan mudah, tanpa prejudis dan ragu-ragu pada masa lalu.

“Kami tidak memerlukan sebarang slogan atau iklan perpaduan untuk menyatukan rakyat Malaysia pada ketika itu.

“Kami sudah bersatu dalam erti kata lain sehati dan sejiwa,” kata Chandra.


Ringkasan filem Gerimis 1968

Musyid, seorang yang kaya mempunyai empat orang anak: Kamal, Azman, Bakhtiar dan Tijah. Kamal sering menghabiskan masanya dengan melukis. Pada suatu hari, Kamal berkenalan dengan seorang penari kelab malam, Leela, dan berminat untuk melukis potretnya. Hubungan mereka berlanjutan dan menjadi semakin mesra hingga Kamal mengambil keputusan berkahwin dengan Leela. Bapa Kamal, Mursyid dan juga bapa Leela tidak merestui hubungan mereka. Oleh kerana cinta itu buta dan tidak memilih rupa dan bangsa, maka Kamal dan Leela melarikan diri daripada keluarga masing-masing dan berkahwin sebaik sahaja Leela memeluk agama Islam. Mereka berdua hidup gembira walaupun dalam serba kekurangan. Selepas setahun, Leela melahirkan seorang anak. Kamal juga terpaksa menjadi penjual ikan dan sayur kerana pendapatan melukisnya yang tidak seberapa. Suatu hari, adik Kamal yang bernama Tijah datang bertemu mereka dan menyampaikan berita bahawa bapa mereka telah meninggal dunia. Apabila wasiat dibacakan, Kamal tidak mendapat walau sedikit pun harta peninggalan bapanya. Jalil, bapa saudara Kamal mengajak Kamal sekeluarga tinggal bersamanya. Kamal juga diberikan kerja menguruskan syarikat Jalil. Kehidupan Kamal sekeluarga bertambah senang. Tanpa disangka-sangka, panas yang diharapkan hingga ke petang bertukar muram, sebab gerimis turun di tengahari. Ketenteraman rumahtangga Kamal terancam apabila dia bertemu Tinah, seorang penyewa yang berurusan dengan syarikat bapa saudaranya Jalil.



Filem Gerimis 1968

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s