Hakim Mahkamah Rayuan Menolak Permohonan DS Rosmah Untuk Batalkan Perbicaraan Berhubung Kes Rasuah Melibatkan Dana Projek Solar Hibrid RM1.25 Bilion

 

Rosmah keluar dari Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas mendengar rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid. – Foto BERNAMA

Putrajaya: Permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan berhubung kes rasuah melibatkan dana projek solar hibrid RM1.25 bilion ditolak panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini.


Hakim Datuk Hanipah Farikullah ketika menyampaikan keputusan berkata, Mahkamah juga menolak permohonan perayu untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Seri Ram sebagai Ketua Pendakwaan kes terbabit, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 September lepas.


Hanipah berkata keputusan itu dicapai kerana Mahkamah Tinggi Jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi pelepasan (reliefs) seperti yang dipohon pasukan pembelaan.


“Pelepasan (yang dipohon pembelaan) adalah ‘declatory order’, iaitu peruntukan spesifik di bawah Akta Pelepasan Khusus 1950. Sehubungan itu, kedua-dua permohonan perayu ditolak,” katanya lagi.


Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Datuk M Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah.


Rosmah, yang juga isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kini sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi berhubung dakwaan meminta suapan RM187.5 juta dari Jepak Holdings Sdn Bhd.


Mengikut kertas pendakwaan, suapan itu adalah sebagai dorongan bagi membantu syarikat itu mendapatkan projek solar hibrid di Sarawak menerusi rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.


Selain itu, Rosmah turut didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Abang Saidi Abang Samsuddin antara 2016 dan 2017.


Perbuatan itu dilakukan bagi membantu Jepak Holdings mendapat Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset / Diesel bagi 369 buah sekolah di pendalaman Sarawak secara rundingan terus.


Di peringkat Mahkamah Tinggi, Rosmah sedang diperiksa balas oleh Gopal, dan perbicaraan akan bersambung di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, 8 Disember ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s