'Rupanya Banyak Scene Kena Potong Dalam Musang Berjanggut, Tapi Hebatnya Allahyarham P.Ramlee Beliau..'

 

Selepas memenangi filem komedi

terbaik

bagi filem PENDEKAR BUJANG LAPOK, Pengarah P. Ramlee telah menghidangkan sebuah lagi komedi yang boleh juga diangkat sebagai antara komedi

terbaik

arahan beliau iaitu MUSANG BERJANGGUT yang diedarkan pada tahun 1959. Namun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa skrip asal cerita itu banyak dicantas dan dipotong mengikut citarasa P. Ramlee.



Pada asalnya…


1. Puspawangi (Saadiah) muncul selepas 2 minit bermulanya filem itu tetapi ini tidak dipersetujui oleh P. Ramlee. Menurutnya, Puspawangi sepatutnya muncul selepas 50 minit sesudah cerita itu dihidangkan, barulah klimaks nya akan meningkat.


2. Cerita asal itu juga lebih kepada menyindir alim ulama yang seringkali bertopengkan agama untuk mengajar perkara yang karut. Ini juga dirombak oleh P. Ramlee.


3. Selain dari itu, skrip asal juga dipinda oleh pihak penapis cerita Shaw Brothers yang mana asalnya Sultan Alam Syahbana (Ahmad Nesfu) mempunyai 4 orang isteri dari berbagai bangsa iaitu anak2 Raja India, China, Jepun dan Melayu. Pihak penapis mahukan Sultan beristerikan seorang sahaja iaitu anak Raja Melayu.


4. Selepas filem disiap, beberapa babak telah dipotong oleh Lembaga Penapis Filem. Lebih dari 1,000 kaki terpaksa diguntingnya dari filem asal kerana babak itu agak memberahikan yang menunjukkan Puspawangi berkemban sambil melayan datuk-datuk dari Istana.


5. Disebabkan pemotongan itu, Ramlee terpaksa menggantikan nya dengan babak baru yang tidak mengganggu rentak perjalanan cerita itu.


6. Penggambaran filem tersebut juga terpaksa dihentikan buat seketika kerana Saadiah (Puspawangi) telah terganggu kesihatan nya. Pada waktu penggambaran, beliau sedang hamil.


7. 4 orang gadis perawan telah menjalani screentest untuk peranan dalam filem MUSANG BERJANGGUT. Antaranya ialah Fatimah Ahmad dan K.Fatimah yang lulus dalam ujian itu tetapi mereka tidak dapat dimuatkan dalam filem tersebut kerana P Ramlee mahu ‘ reserve ‘ kan mereka untuk filem arahan seterusnya iaitu BADANG tetapi sayang sekali, BADANG tidak jadi difilemkan. Sebaliknya, cerita itu diambilalih oleh Cathay Keris.


8. Dalam undian Perfileman Nasional yang dianjurkan oleh Gelanggang Filem pada tahun 1960, filem MUSANG BERJANGGUT telah mendapat nombor dua dalam kategori Filem Sukaramai. Tempat nombor satu adalah PENDEKAR BUJANG LAPOK.


9. Bagi kategori lagu pula, lagu JANGAN ADIK ANGAN2 yang dipetik dari filem tersebut dipilih sebagai LAGU SUKARAMAI tahun 1960.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s