Syafinaz Hanya Puji Kasut, Bukan Suara Fazley – Media

 

 Markah GV Minggu 3


Dua minggu ini nama Dato’ Fazley Yaacob sering disebut netizen sebagai seorang artis yang tidak layak untuk menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ke-8 (GV-8). Namun, Dato’ Fazley tidak melatah malahan tetap memberikan reaksi positif kepada orang ramai. 


Dato’ Fazley mendapat markah kedua terakhir dan menjadikannya peserta terakhir yang terselamat dalam minggu ketiga GV-8. Manakala Nico G  peserta pertama telah tersingkir dalam pertandingan musim ini. 


Menurut netizen,   nampaknya minggu ini pujian hanya untuk kasut Dato’ Fazley dan bukan suaranya. Dato’ Syafinaz antara juri tetap GV-8 berkata Fazley perlu meningkatkan mutu vokalnya supaya kekal bertanding pada minggu seterusnya. 



Apa-apa pun ibu Norlia Ghani dan Faizal Hussien menjadi tamu kejutan pada minggu ini di pentas GV-8. Ibu Norlia Ghani artis veteran tanah air dijemput dalam nyanyian Dato’ Fazley dan Faizal Hussien mengejutkan penonton tampil dalam persembahan nyanyian Adibah Noor. 



Selamat maju jaya kepada semua artis yang bertanding dalam Gegar Vaganza.  Kalah atau menang anda tetap mempunyai nilai tersendiri dalam dunia hiburan tanah air.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s