Ayah Simbah Air Pada Anak-Anak, Halau Anak Dan Isteri Demi Isteri Muda

 


Sebuah video tular dengan aksi seorang lelaki tua menyimbah air kepada anak-anak yang memanggilnya ‘abah’. Menurut cerita, lelaki itu telah berkahwin dengan isteri baru dan menghalau anak-anak dan isteri pertamanya keluar daripada rumah. Kemudian anak-anaknya datang ke rumah memanggil bapanya untuk meminta menjadi wali untuk perkahwinan salah seorang anak perempuannya. Tetapi apa yang menghampakan, bapanya tidak ingin berjumpa dengan mereka malah telah disimbah dengan air serta turut diusir pergi oleh isteri kedua bapanya. 



Sungguh luluh hati mendengar anak-anak memanggil ‘abah’ berulang kali tetapi tidak diendahkan oleh bapanya. Lebih menyedihkan bapanya telah memutuskan hubungan dengan anak-anaknya mengikut prosedur undang-undang di mahkamah. 


Anak-anak berasa sangat kecewa dengan tindakan ayahnya. Malahan hubungan mereka masih renggang sehingga ke hari ini. Anak-anak dan isteri keduanya saling sindir-menyindir di media sosial. Anak sulungnya berjanji akan memperjuangkan harta ibunya daripada dimiliki sepenuhnya oleh bapa dan ibu tirinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s