Sekitar Majlis Pernikahan Uqasha Senrose Dan Kamal Adli Yang Berlangsung Secara Tertutup

 


Pasangan Uqasha Senrose dan Kamal Adli dalam diam-diam telah pun selamat bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz pada 5 November lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup.


Difahamkan, pasangan mempelai itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.


Menerusi laporan Astro Gempak, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, telah menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal.


Pada majlis bertemakan dalam taman yang diadakan seawal 7.30 pagi itu, beberapa wajah popular turut menjadi saksi upacara pernikahan mereka antaranya adik-beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang.


Hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara serta kenalan kedua-dua mempelai turut hadir. Pasangan pengantin kelihatan cukup cantik dan segak bergaya mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun.


Kemudiannya, Uqasha dan Kamal diraikan dalam sesi memotong kek lima tingkat yang disaksikan oleh para tetamu yang hadir. Kedua mempelai saling tak tumpah seperti putera dan puteri klasik dengan busana tradisional daripada kain songket berona ungu hasil rekaan Rizman Ruzaini. 


Lama juga pasangan ini rahsiakan perkahwinan mereka… tup-tup rupanya sudah sebulan bernikah. Apa pun, tahniah diucapkan dan kami doakan semoga ‘masjid’ yang dibina ini kekal hingga ke hujung nyawa. Amin.    



Sumber: artismalaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s