"Baru Tahu Datuk Yusof Haslam Pernah Berlawan Dgn P.Ramlee.." – Cerita apa tu!

 


Sebelum dapatnya ilmu menjadi pengarah filem, Datuk Yusof Haslam bermula dgn macam2 kerjaya, konduktor bas, kerja cuci sebelum berjaya dapat masuk berlakon.


Siapa sangka duluan biasa-biasa lepas meletup satu persatu cerita arahannya, berjuta-berjuta pulangan hasil dari pembikinan filem tu.


Datuk Yusof Haslam juga pernah dilantik sebagai ahli Panel Perundingan Pencegahan Rasuah (PPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 


Now Yusof Haslam kali kedua dilantik bermula 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2022. Sebelum tu beliau dilantik pada zaman PM Najib Razak dari Ogos 2016 hingga Ogos 2017.


Sebelum Berlakon Jadi Konduktor Bas 


Throwback pada zaman sekolah dulu, kebiasaan kalau cikgu tanya nak jadi apa, orang jawab Nak jadi Polis, Tentera, Bomba itu biasa kan, tapi sebaliknya berlaku pada Datuk Yusof Haslam dia jawab ‘Nak jadi bintang filem’ semua gelakkannya. Ini diceritakan sendiri D.Yusof Haslam sendiri. 


“Masa sekolah dulu bila saya kata nak jadi bintang filem, satu kelas gelakkan saya. Cikgu pun kata cari kerja lain seperti doktor dan sebagainya sebab jadi bintang filem masa depan tidak menentu.” – Yusof Haslam, petikan dari Sinar Harian


Pengalaman begitu tak patahkan semangatnya. Namun, dia bukanlah terus terjun ke dalam dunia lakonan. Lepas habis je belajar, dia bekerja sebagai konduktor bas selama 10 bulan. Dalam diam, dia telah pun menghadiri uji bakat lakonan.


Filem Pertama Berlakon ‘Laksamana Do Re Mi’



Dia memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon tambahan dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan P. Ramlee. Watak yang dipegangnya adalah salah seorang pengawal Menteri Fasola. Pada tahun 1975, dia mendapat tawaran berlakon filem di bawah arahan Jamil Sulong bersama pelakon terkenal, Uji Rashid. Waktu tu barulah dia sedar yang dunia lakonan hanya indah khabar dari rupa.


Salah seorang pengawal, mana satu tak tahu : Imej Google

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s