(Video) – Tular Sebuah Video Sanggup Berlakon Cacat Untuk Dapatkan Parking Di Mid Valley

 


Petaling Jaya Selangor – Perkongsian sebuah video oleh seorang lelaki mengenai cara mudah untuk mendapatkan ‘parking’ di sebuah pusat beli-belah dengan berlakon menjadi orang kurang upaya (OKU) mengundang kecaman pengguna media sosial.


Melalui video berdurasi 38 saat yang dikongsi semula di laman Twitter itu memaparkan, lelaki tersebut memaklumkan dia pada awalnya sukar untuk mendapatkan tempat meletak kereta kerana pengunjung terlalu ramai.


Bagaimanapun katanya, rakannya yang turut menaiki kenderaan sama mencadangkannya untuk meletakkan kenderaan di petak khas untuk OKU dan salah seorang daripada mereka perlu berlakon menjadi OKU.“Aku ada dekat Mid Valley ni, tapi nak parking susah. Lepas itu, kawan cakap kalau nak dapat parking ada satu cara.


“Betul-betul dapat parkinglah, tapi cara dia pelik sikitlah. Betul-betul dia jadi cacat, ini kalau kantoi dengan pak guard ni memang mati. Tapi, betul-betul dapat parking,” katanya.


Menjengah di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki itu yang didakwa menyalahgunakan kemudahan disediakan untuk golongan OKU.


“Kemudahan untuk OKU di Malaysia dah lah tak banyak. Lepas itu, masih ada yang salahguna dan memperlekehkan orang cacat? Memalukan,” kata Deah.


“Kembali ke episod penindasan orang kurang upaya secara terang-terangan. Aku kalau pakai kereta tak ada stiker OKU pun tak sanggup nak parking di parkir OKU,” kata Adhura.


“Nampak macam betul-betul cacat. Harap-harap memang betul, kalau tidak memang tak patutlah buat macam ini,” kata Dr Ted.


Video:



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s