Al- Fatihah – Ibu Hattan Meninggal Dunia

 

Takziah kami ucapkan kepada penyanyi Datuk Hattan atas pemergian ibunya, Hindun Sani, 83, yang disahkan meninggal di Hospital Kajang, pada jam 3.30 petang, hari ini.


Isterinya, Datin Arianie Abidin berkata, arwah pada awalnya mengadu sakit dada sebelum dikejarkan ke hospital itu semalam. Arianie berkata, pihak hospital turut menjalankan ujian C0v1d-19 ke atas jenazah termasuk ahli keluarga.


“Malam tadi balik dari pengebumian menantunya di Seremban, mak balik ke rumah kakak Hattan di Kajang. Di sana dia mengadu sakit dada, muntah dan peluh sejuk. Apabila Hattan buat panggilan video dan tengok keadaan mak begitu dia terus suruh hantar ke hospital.


“Pagi tadi pihak hospital maklumkan tekanan darah mak rendah dan kuman sudah merebak. Kemudian, dapat panggilan dari hospital jam 3.30 petang tadi, mak sudah hembuskan nafas terakhir.


“Tadi, kami berada di bilik jenazah untuk tunggu hasil ujian Covid-19. Alhamdulillah, hasil keputusan semua negatif termasuk arwah. Insya-Allah, jenazah akan dibawa pulang ke Seri Menanti, Negeri Sembilan untuk dikebumikan,” katanya.


Berkongsi mengenai keadaan suaminya, Arianie memohon doa peminat dan orang ramai supaya suaminya kuat: “Doakan Hattan kuat. Semalam abang ipar dia Ariffin, 62, meninggal dunia. Hari ini mak dia pula,” tuturnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s