"Ya memang Dato arahkan…- PA Alif Syukri Lari Ke Istanbul Selepas Bida Harta Sajat

 

Kecoh hari ini berkaitan kes pembantu peribadi Dato Sri Alif Syukri membida harta Sajat yang bernilai RM130,000. Walaubagaimanapun, peguam mengesahkan pembida tersebut hilang dan tidak membuat pembayaran atas bidaan tersebut. Nama pembida itu telah di war-warkan kepada media sehingga membawa kepada pembongkaran fakta bahawa pembida tersebut yang bernama Syawan Fiesol merupakan pembantu peribadi Dato Sri Alif Syukri. 



Lebih mengejutkan lagi, ibu kepada Syazwan telah membalas  komen di  media sosial yang mengatakan anaknya telah diarahkan oleh Dato Sri Alif Syukri untuk mengacau pembidaan harta Sajat. 



Dalam pada itu, isteri Dato Sri Syukri iaitu Datin Sri Shahidah memuatnaik hantaran di media sosial miliknya yang mereka akan bercuti ke Istanbul. Pembantu peribadi Dato Sri Alif Syukri juga kelihatan bersamanya bercuti ke Istanbul. Sehingga saat ini Dato Sri Alif Syukri hanya berdiam diri kepada wartawan dan enggan memberi sebarang komen walaupun dihujani pertanyaan netizen di media sosial miliknya. 



Terdahulu Sajat sebelum ini didakwa atas tuduhan menipu dan menggelapkan wang individu lain sebanyak RM200,000. Kemudian beliau melarikan diri ke Australia dan mendapat perlindungan suaka di sana atas alasan Malaysia telah menafikan hak pertukaran jantina yang dilakukannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s