Lelaki Ini Sebak Luah Sikap Sesetengah Mangsa Banjir Yang 'Tak Sedar Diuntung'

Sebuah video merakam luahan seorang sukarelawan banjir yang bersama-sam bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa banjir di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Dia berasa sebak disebabkan terlalu letih malah mangsa pula tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya.


 Ramai sukarelawan yang menghadapi masalah ini, tetapi hanya berdiam diri kerana takut dikecam atau dicemuh netizen. Namun, beliau  merakam luahannya sehingga bergenang air mata. Beliau dan rakannya daripada Teluk Intan turun ke Selangor semata-mata hendak membantu mangsa  banjir. Mereka menggunakan bot dan menyusur kawasan perumahan flat yang terputus bekalan elektrik dan makanan. Perjalanan ke sana agak jauh dan berliku kerana banyak benda yang menghalang seperti kenderaan, pokok dan harta benda yang hanyut di bawa air. Setibanya mereka di sebuah flat, beliau menyuruh mangsa turun untuk mengambil makanan. Tetapi mangsa enggab. Malah menyuruh sukarelawan naik dan memberikan mereka makanan di pintu rumah. 



Tindakan tersebut dilihat melampau, kerana sukarelawan terlalu letih dan mereka juga perlu menolong mangsa yang lain. Diharapkan mangsa dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya supaya bantuan dapat disumbangkan dengan lebih cepat dan efisen. Buat semua sukarelawan, banyakkan bersabar semoga Allah membalasnya dengan balasan yang lebih baik kepada yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s