Prince Dinzly Chikichiki Boom & Iqramdinzlycious Adalah Dua Watak Tarbiyah Saya Pada Muslimin Muslimat

 


Siapa yang tidak kenal lagi seorang pelakon popular satu ketika dulu Iqram Dinzly menjadi kegilaan peminat dengan suka membawa watak suami, teman lelaki di kaca tv.


Dilahirkan pada 29 September 1981 di Ipoh, dan mempunyai cita-cita sejak kecil lagi ke kota metropolitan bagi mempersembahkan bakat lakonannya. Sehinggalah melakukan debut pertama pada tahun 2005 dalam drama episod Janji Diana. 


Beliau yang pernah diisytihar bankrup oleh LHDN Ipoh selepas gagal membayar cukai pendapatan sebanyak RM77,000 mengakui itu adalah kesalahannya sendiri dan menyatakan tidak akan kembali dalam dunia perniagaan selepas ini.


IQRAM DINZLY TIDAK MUNGKIN AKAN MUNCUL LAGI SELEPAS INI


Dalam wawancara di Garasi TV bersama Tuan Haji Zainal Rashid baru-baru ini, Iqram yang tidak mahu dikenali lagi sebagai Iqram Dinzly sebaliknya Prince Dinzly atau Iqramdinzlycious mengatakan, penampilan beliau hari ini adalah untuk meng-IKRAM-kan kaum muslimin dan muslimat di sosmed. Itu adalah tugasnya sekarang. 


Apabila ditanya apakah makna meng-IKRAM-kan itu beliau mengatakan sekarang dirinya diamanahkan oleh Iqram Dinzly dulu untuk mentarbiyah umat dengan cara seninya sendiri. 


APA BEZA IQRAM DINZLY DENGAN PRINCE DINZLY? 


Kata Iqram lagi bezanya Iqram Dinzly ni dia bongkak, angkuh, sombong, lupa diri, hilang jati diri, tapi bila wujudnya Prince Dinzly ChikiChikiBom ni dia lebih teratur kerana jati diri yang diwarisi keturunan yang dididik papa dan mamanya dengan adab yang tinggi, katanya.


Apabila beliau berjaya menceburi bidang lakonan di kota metropolitan, baginya itu adalah luar kefahaman dirinya, tidak menepati kriteria sebenar seperti Prince Dinzly sekarang.


IPOH BANDAR PENCEN


Apabila jiwa seorang remaja membuak, ingin mencuba kelainan tetapi tidak membenci kampung halaman, beliau berhijrah ke Shah Alarm untuk melanjutkan pelajarannya dalam seni persembahan. Apabila mula rasa seronok melepak dengan kawan-kawan di bandar dan perasaan ingin tahu lagi mulalah mencuba dalam bidang komersial sehinggalah dalam bidang lakonan selepas dapat tawaran daripada Skop Production. 


DIKAITKAN DENGAN BIPOLAR DISORDER KERANA MENGATAKAN ADA DUA KARAKTER DALAM DIRI


Iqram juga menyebut bahawa kadang-kadang bukan dua, tapi lebih tiga, empat atau lima watak yang ada di dalam dirinya. Beliau juga bersyukur apa yang dierti orang ramai dan mengaitkan dirinya punya masalah mental, kerana seorang perindu tuhan ini adalah anugerah tuhan, di situ ada keindahan, kelegaan. Beliau juga berkata sangat banyak orang belajar sifat 20 bagi Allah tapi amat sedikit orang orang pelajari sifat mustahil bagi Allah, begitu juga diri nya masih ramai tak tahu sifat sebenarnya.


IQRAM DINZLY ANAK MAK? 


“Masa kecil dengan mak, tapi dah besar kedua-dua sekali..” – Iqram 



Kata Iqram lagi baiklah, kayalah, hebatlah macam mana pun tapi kalau tak dapat mengasihi ibu dan ayah kita, baik tak payah jadi manusia. Ujian dan cabaran seorang anak bernama lelaki ni besar, kalau mak kita nak macam ni, macam tu kita dah serabut, tapi ketahuilah mereka adalah wali keramat. Begitu juga pada bapa kalau tak takdapat ber-BIN kan siapa. Sedangkan kalau kita selawat pun malaikat sampaikan salam pada Nabi kita ada fulan bin fulan berselawat kepada mu, nama bapa kita pun ada kan besar taraf wali tu. 


Dia juga mengakui sendiri kalau dia berjauhan dengan ibu dan arwah ayahnya, dia betul-betul akan rasa beban seperti diseksa, bila dah jumpa dah dekat mesti bergaduh, itu normal, dia juga lahirkan rasa kerinduan pada arwah bapanya yang mungkin dia tak sempat menjadi seorang anak yang baik kepada kedua orang tua. 


Kata-kata akhir Iqram adalah beliau mengucapkan terima kasih kepada mamanya, kerana menjadi seorang ibu yang tabah jaga anak dia yang gila-gila ni, tak tahulah kalau mak orang lain mesti dah tak tahan dapat anak seperti perangai macam Iqram, percayalah kalau ada kebaikan ke pahala ke walupun sikit, Iqram tetap wakafkan kepada mama dan papa.


Bicara penuh di Garasi TV: 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s