Kenapa Ada Yang Tak Puas Hati Bila Alif Aziz Menang GV8?

 


Meskipun ramai yang meramal bahawa Nikki Palikat bakal menjuarai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), namun tekaan mereka meleset sama sekali apabila Aliff Aziz memberi kejutan apabila dipilih sebagai juara.


Kemenangan tersebut sekaligus membuatkan Aliff membolot wang tunai RM100,000 berserta trofi. Namun ada yang mendakwa, Aliff menang disebabkan dua juri yang berasal dari Singapura. Betulkah begitu?


Namun pada konsert akhir itu, Aliff telah menyampaikan tiga buah lagu iaitu  lagu solo ‘Sampai Syurga’, ‘Dealova’ duet bersama Hafiz Suip dan ‘Bangun’ battle dengan Aweera. 


Dia telah mendapat pujian daripada Joe Flizzow yang mendakwa Aliff berjaya membawa lagu rap dengan baik.


Manakala Nikki pula hanya membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi sebagai naib juara.


Bagi tempat ketiga dengan wang tunai RM30,000 bersama trofi diduduki Suki.


Kedudukan keempat dan kelima diambil alih oleh Azan Scan dan Adibah Noor yang masing-masing membawa pulang RM20,000 dan RM15,000 berserta juga trofi.


Apa yang mengejutkan ramai, Aweera hanya mendapat tempat keenam dimana dengan memperolehi wang tunai RM10,000 dan juga trofi.


Apa komen anda? Adakah senarai pemenang GV8 itu memenuhi ramalan anda dan ramalan ramai?


Kredit: artismalaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s