Netizen Samakan Uyaina Dengan Loki Dan Maleficent

 


Personaliti TV Malaysia Uyaina Arshad mengejutkan ramai apabila dia baru-baru ini dilihat memakai pakaian menarik yang direka oleh pereka fesyen tempatan Shanell Harun. 


Pada 23 Januari, Shanell memuatnaik melalui Instagramnya dan juga TikTok untuk berkongsi beberapa gambar glam yang menampilkan selebriti berusia 29 tahun itu memakai pakaian “diilhamkan Cleopatra” dengan pengikutnya di media sosial.


Namun pakaian tersebut dilihat agak pelik dan netizen menyamakannya seperti karekter dalam filem fiksyen iaitu Loki adik kepada Thor dan Maleficent. Kedua-dua karekter itu memiliki tanduk di kepala. 



Mungkin bagi Uyaina dia perlu tampak berbeza di hari bahagianya kerana ia hanya diraikan sekali seumur hidup. Uyaina tidak melatah dengan kecaman netizen, malahan dia berhak memakai sesuatu yang diinginkannya.


Sebelum ini Uyaina telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya  Raja Syahiran yang berlangsung di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur City Centre pada jam 9.03 pagi pada 21 Disember 2021.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s