Saadiah Gementar Berlakon Dengan Ahmad Nesfu

 


Mereka hanya berlakon dua buah filem di bawah arahan P Ramlee, namun kedua filem itu telah meninggalkan impak di sanubari para penonton hingga ke zaman ini.


Pada mulanya, bila Saadiah dipelawa oleh P Ramlee untuk berlakon dalam filem MUSANG BERJANGGUT, beliau rasa seronok dan teruja apabila diberi watak yang menunjukkan kebijaksanaan seorang wanita. Tetapi setelah selesai membaca skrip filem tersebut, tiba2 beliau terasa gementar untuk berlakon bersama Seniman Ahmad Nesfu. Walaupun dari segi pengalaman dalam dunia perfileman, Saadiah jauh lebih ‘ senior ‘ dari Ahmad Nesfu, tetapi prestasi hebat yang dipersembahkan oleh Ahmad Nesfu dalam filem GERGASI dan PENDEKAR BUJANG LAPOK membuatkan Saadiah terasa gementar, lebih2 lagi terdapat banyak babak yang melibatkan mereka berdua, yang mana ketika Sultan Alam Shahbana cuba menggatal dengan Puspawangi di bilik tidur Baginda. Tambah pula, beliau belum pernah bersua muka dengan Ahmad Nesfu. 


Tetapi apabila Saadiah mula berdepan dengan Ahmad Nesfu, beliau sendiri hairan melihat karekter Ahmad Nesfu di belakang kamera. Orang tua itu bukannya seorang yang dominan dan kepoh seperti dalam filem2 lakonannya sebelum ini. Rupa2nya Ahmad Nesfu seorang pendiam, tidak banyak bercakap dan sentiasa membongkok bila berjalan, dengan kedua belah tangannya rapat dibelakangnya. Tetapi apabila di depan kamera, segala bakat ajaibnya dipersembahkan dengan begitu professional yang sukar ditandingi. 


Selepas  filem MUSANG BERJANGGUT, Saadiah digandingkan sekali lagi dengan Ahmad Nesfu dalam filem ANTARA DUA DARJAT di mana beliau berlakon sebagai anak kepada Ahmad Nesfu yang membawa peranan jauh berbeza dari filem MUSANG BERJANGGUT. 


Sejurus selepas filem itu, mereka digandingkan lagi dalam 4 buah filem tetapi impaknya tidak sama dan serupa seperti filem di bawah arahan P Ramlee.


Semoga rohnya mereka dicucuri rahmat Allah swt. Al Fatihah. 


Kredit: Famili artis-artis lagenda : fonzz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s