Ulama Dari Perak Meninggal Dunia | Tuan Guru Haji Isa Gerik

 

Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Ahmad Isa Bin Haji Yahya dan beliau dilahirkan sekitar tahun 1917. Ketika hayatnya beliau menabur jasa dan berbakti di kawasan Gerik, Perak.


Allahyarham Tuan Guru mendapat pendidikan awal di pondok sekitar Patani di antaranya Pondok Dala sebelum berangkat ke Mekah dalam usia 19 tahun. Selepas pulang dari Mekah, beliau belajar semula di Patani dengan memasuki Pondok Mak Enggol. Selain daripada itu, beliau juga sempat melazimi dan berguru dengan Tuan Guru Haji Saad Mogoi dan Tuan Guru Haji Yahya Kupang. Di antara guru-gurunya ialah :


1. Tok Dala al-Fathani 

2. Tuan Guru Haji Hassan Mak Enggol

3. Tuan Guru Haji Yahya Kupang 

4. Tuan Guru Haji Saad Mogoi 

5. Pak Da Eil Mekah

6. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili

7. Sayyid Alwi Bin Abbas al-Maliki

8. Sayyid Muhammad Amin al-Kutbi

9. Syeikh Haji Abdul Rahim al-Kalantani

10. Cher Pak Ya al-Ramani

11. Tuan Guru Haji Abdul Ghani Bentong


Beliau pernah berbaiah Tariqat Syatariyyah dengan Pak Da Eil Mekah dan menerima amalan dalam Kitab Dala’il Khoirot daripada seorang ulama’ yang berasal dari Patani.


Tuan Guru Haji Isa Gerik merupakan diantara orang yang terawal ke Mekah. Beliau bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik dan Syeikh Toyyib al-Makki.


Beliau pernah mendirikan sebuah pondok di Betong bersama adiknya, Tuan Guru Haji Abdul Karim Bin Yahya dan iparnya, Tuan Guru Baba Man Bentong pada tahun 1977 dengan nama Pondok Darussa’adah di Cabang Tiga, Ramong, Betong, Jala. Namun pondok ini hanya sempat beroperasi selama 4 tahun sahaja sebelum diarahkan tutup oleh pihak berkuasa Thailand. 


Tuan Guru yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ayah disifatkan sebagai seorang ulama’ yang sangat tawaduk dan wara’. Waktu sihatnya, beliau tidak pernah tinggal solat berjemaah di Masjid Gerik. Beliau juga mengajar di masjid berkenaan dalam pelbagai bidang ilmu khususnya usuluddin. Solat terawihnya 20 rakaat dari muda sehingga uzur. Suatu hari ketika ditanya bagaimana nak khusyuk dalam solat? Beliau menjawab “hat ni la yang buat saya menangis malam-malam.” Allah sungguh tawadhuk beliau.


Khabar duka pada hari ini apabila Tok Ayah Isa telah dipanggil pulang oleh ilahi pada petang 27 Januari 2022 dalam usia ±104 tahun. Jenazahnya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, Gerik.



Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin 


Kredit:  Tengku Yusuff

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s