Tahniah Ustazah Nor Hafizah Musa Dapat Menantu Idaman

 


Anak kedua Dato Dr Ustazah Nor Hafizah Musa telah selamat diijabkabulkan semalam dengan mas kahwin RM200. Anaknya bernama Asyraf Murtadha telah dinikahkan dengan pilihan hatinya  Siti Aisyah Zafirah. Menurut ustazah, Zafirah merupakan menantu impiannya. 


بارك الله لكم وبارك عليك وجمع بينكما في خير.

Subhanallah, Alhamdulillah , Lailahaillallah, Allahu Akbar.


Anak teruna umi @asyrafmurtadhaa telah sah menjadi suami kepada putri impian umi @sazafieraa . Gugusan doa dari umi dan abi @dr.azahar.yaakub bahkan seluruh keluarga besar kedua2 belah pihak untuk kalian melayari bahtera rumahtangga dengan penuh sakinah mawaddah wa rahmah.

La hawla wa la quwwata illa billah.

Kami sayangkan pasangan mempelai kerana Allah.

Dengan rendah hati ustazah memohon doa kebaikan dari seluruh sahabat2 , tuan puan budiman untuk raja sehari ini. 🌹❤️🌹❤️🌹❤️🌹❤️🌹❤️

 


Menantu ustazah merupakan pelajar yang menyambung pelajaran di Irbid, Jordan di bawah Fakulti Undang-undang. Penampilannya yang ayu dan sopan turut menjadi tumpuan di media sosial. Dalam kesibukan belajar, beliau juga turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk minyak wangi miliknya bernama Asyafiera Perfume.



Dalam pada itu, hadirin turut berkongsi rasa sebak ketika ustazah memberi nasihat kepada pasangan pengantin. Hadirin merasakan hadir dalam majlis perkahwinan yang penuh dengan nasihat. 


Semoga pasangan pengantin diberkati Allah dan diberikan keselamatan dan kerdhaan Allah di dunia dan akhirat. Tahniah ustazah dab keluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s