Fenomena Laut Terbelah Di Pulau Pangkor Seperti Zaman Nabi Musa Menjadi Tarikan

 

Apabila anda sampai di Pulau Pangkor Perak sudah pasti banyak pulau dan pantai yang boleh anda lawati. Sebelum ini admin ada bercerita mengenai Pulau Pangkor. Kali ini admin ingin bongkar kecantikan Pulau Giam yang berada berhampiran Pulau Pangkor. Ianya menjadi tempat menarik di Perak.


Pulau ini terletak bersebelahan degan Pulau Mentagor, dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Anda wajib pergi ke Pulau ini sekiranya bercuti di Pulau Pangkor. Lanskap pulau ini sangat indah. Pantainya kecil dihampari pasir halus berwarna putih. Terdapat banyak batu besar terhampar disekeliling pulau ini yang sekaligus yang memberi panorama yang sangat indah.


Untuk ke Pulau Giam ini, daripada Teluk Nipah anda boleh berkayak ataupun menaiki bot.Ini bergantung kepada kemampuan masing-masing. Bagi yang mahukan aktiviti yang ekstrem sedikit dan memiliki stamina yang tinggi, boleh datang secara berkayak. Sekiranya tidak anda boleh naik bot sahaja. Yang bestnya di pulau ini, airnya agak jernih jadi bolehlah bersnorkeling di sini.


Jadi jangan lepaskan peluang ini. Rancanglah percutian anda ke Pulau Giam bersama keluarga atau kawan-kawan. Sudah pasti keindahan ciptaan Allah di sana menanti anda.


Dalam pada itu, seorang lelaki @md.rock juga turut berkongsi di tiktoknya, pada waktu tertentu air dari pantai Pulau Pangkor ke Pulau Giam ini kadang-kadang cetek, jadi para pengunjung boleh berjalan kaki terus ke Pulau Giam. Katanya kalau nak pergi waktu cetek awal februari ni hingga pertengahan februari bulan ni.


Video:


Lokasi Pulau Giam



Aktiviti Sesuai


Anda boleh snorkeling disini kerana air disini sangat jernih. Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti riadah bersama keluarga seperti berkelah dan bersantai sepanjang pantai. Selain itu, tarikan utama di sini ialah terdapat batu besar di tepi pantai yang menyerupai penyu dan kepala buaya.


Unik tentang pulau ini, sekiranya pengunjung datang sekitar awal Februari pada minggu sambutan Tahun Baru Cina, pengunjung boleh berjalan kaki ke pulau ini kerana pada sekitar tempoh tersebut berlaku fenomena ‘air laut surut’.


Harga dan Kos Terlibat


Sewa Kayak: rm 10.00 sejam


Jom lihat keindahan Pulau Giam Perak



Review Pengunjung di Pulau Giam


Lawatan ini pada asasnya akan membawa anda ke 2 tempat di Pulau Giam, 1 untuk snorkeling dan 1 untuk berenang. Tempat snorkeling sangat-sangat, tetapi tempat berenang itu hebat! Terasa agak seperti pantai BVI di sana..Secara keseluruhannya thumbs up! 

– Fiza Hassan.


Jika anda seorang penyelam profesional atau profesional snorkeling, tempat ini bukan untuk anda, tetapi ini adalah tempat yang bagus untuk dinikmati bersama keluarga dan kanak-kanak yang suka mencuba snorkeling untuk keseronokan, dan saya melawat Pulau ini bersama 4 anak saya inilah kenangan manis di kehidupan kita. By the way tonton Coral batu tajam. Ashida.

Ashida


Pulau Giam adalah sebuah pulau yang sangat kecil yang terletak hanya 10 minit dari Pulau Pangkor dan merupakan tempat yang paling popular untuk snorkeling. Anda boleh dengan mudah mendapatkan bot dari mana-mana pantai Pulau Pangkor dan peralatan snorkeling biasanya disediakan. Terdapat sejumlah besar spesies ikan yang boleh anda temui di pulau itu tetapi tidak banyak batu karang untuk dilihat. Adalah disyorkan untuk pergi awal pagi atau awal petang, bergantung pada paras air pasang, untuk mengelakkan orang ramai. 

– Rian Aznani.



Berita lain:

Remaja Lemas Ketika Berenang Ke Pulau Giam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s