Remaja Lemas Ketika Berenang Ke Pulau Giam

MAYAT mangsa ditemui terapung oleh pasukan SAR berhampiran perairan Pulau Giam, tengah hari ini. – Foto ihsan PDRM


PANGKOR: Kegembiraan sekumpulan remaja mandi di Pantai Teluk Nipah berhampiran Pulau Giam dekat sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, semalam dan mayatnya hanya ditemui, hari ini.


J Aishwar,18, dari Pulau Pinang dilaporkan hilang ketika mandi bersama-sama sembilan rakannya di pantai berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari, semalam.


Susulan kejadian itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, namun terpaksa dihentikan lewat petang semalam akibat berlaku ribut di kawasan kejadian.


Mayat mangsa bagaimanapun ditemui terapung oleh pasukan SAR jam 1.15 tengah hari ini.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman, berkata pada hari kejadian mangsa bersama sembilan lelaki lain datang ke Teluk Nipah untuk mandi sebagai aktiviti percutian mereka.


Menurutnya, kumpulan lelaki berkenaan dikatakan mahu ke Pulau Giam dengan berenang dari Teluk Nipah kira-kira jam 10 pagi pada hari kejadian.


“Namun, lapan daripada mereka kemudian berpatah balik ke Teluk Nipah, manakala dua lain termasuk mangsa meneruskan renangan ke Pulau Giam.

<


“Lapan lelaki yang berpatah balik itu kemudian menunggu di Teluk Nipah, namun selepas itu hanya seorang sahaja yang pulang semula ke Teluk Nipah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Muhammad Hanif berkata, berikutan itu laporan polis dibuat berhubung kejadian sebelum operasi SAR dijalankan.


Katanya, operasi membabitkan polis, bomba dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).


“Mangsa ditemui berhampiran perairan Pulau Giam tengah hari tadi oleh pasukan SAR dan mayat kemudian dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s