Adik Rayaan Meninggal Dunia

 

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun diselamatkan selepas terperangkap pada kedalaman 32 meter di sebuah perigi sejak Selasa lalu, disahkan meninggal dunia.


BBC melaporkan, kenyataan diraja mengumumkan pemergian Rayan pada Sabtu sejurus selepas dia berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari telaga tersebut.


Usaha menyelamatkan Rayan sebelum ini ibarat ‘mencengkam’ perasaan seluruh negara dengan ratusan orang berkumpul di kawasan kejadian. Kanak-kanak yang terjatuh pada kedalaman 32 meter dan usaha menyelamat berdepan cabaran getir dengan kebimbangan berlaku tanah runtuh.



Bagaimanapun, susulan daripada kemalangan tragis ini yang mengorbankan nyawa seorang anak kecil, Ryan Oram, Raja Mohamed VI mengucap takziah kepada keluarga mangsa.


Di media sosial terutamanya di laman Twitter dengan tanda pagar #SaveRayan menjadi ‘trending’ di seluruh dunia menyatakan kegembiraan mereka namun selepas beberapa minit kenyataan sedih umum adik Rayan pergi buat selamanya. Pemergian anak ini amat dirasai. Alfatihah, syurga buatmu si anak kecil.


Rayan meninggal dunia, pasukan penyelamat hanya tarik keluar mayat

Seorang budak lelaki Maghribi yang terperangkap di dalam sebuah perigi selama lima hari telah meninggal dunia, kata istana diraja dalam satu kenyataan yang disiarkan media kerajaan hari ini.

Kenyataan mengenai kematian Rayan Awram, 5, dikeluarkan oleh dua badan kerajaan tempatan sejurus kanak-kanak itu diselamatkan.

Menurut laporan media tempatan, Rayan sudah pun meninggal dunia ketika pasukan penyelamat berjaya menembusi telaga sedalam 32 meter itu

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.

Anggota -anggota penyelamat terdahulu telah mengeluarkan mangsa yang dikenali sebagai Rayan Awram dan berumur lima tahun selepas pasukan perubatan memeriksa  keadaannya di dalam perigi sedalam 32 meter itu setelah  sampai ke lokasi dia terperangkap.

Kejayaan menyelamatkan Rayan diiringi laungan ‘Allahuakbar’ daripada penduduk tempatan yang setia menanti di sekitar kawasan kejadian.

Rayan terjatuh ke dalam telaga milik bapanya ketika bermain di kawasan rumahnya di wilayah Chefchaouen pada petang Selasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s