[VIDEO] – Seorang Pengawal Keselamatan Memecah Masuk Sebuah Rumah Dengan Menanggalkan Keseluruhan Pakaian Akhirnya Kantoi

 

Rumah Anak Dara Dipecah Masuk Pengawal Keselamatan 


Kes jenayah pada hari ini sangat membimbangkan apatah lagi individu yang ditugaskan menjaga keselamatan penghuni telah memecah masuk rumah salah seorang wanita bernama Yunyun Nissa. Kelibat pengawal keselamatan itu sempat dirakam oleh CCTV di dalam rumahnya. Ikuti kisah yang dikongsikan oleh Yunyun Nissa. 



Nak share je untuk peringatan semua sentiasa berhati2 dgn orang sekeliling & jgn cepat percaya orang.


Nak di jadikan cerita pada 10/2/22 jam 12.14am pagi yuyun x smpai rumah lagi masih kat luar otw nak balik dr pergi makan.. tiba2 dpt notification apps cctv dr dlm rumah “motion detected” asyik blink2 je terus buka tgok live cctv .. Allahuakhbar sekali tgok ade seorang lelaki dlm rumah yun, lelaki tu mcm familiar sgt sekali tgok baju dia pakai Oh No!! 


Kenal sgt.. rupanya security guard perumahan yuyun.. Dia dok berkeliaran dlm rumah naik turun siap buka baju seluar semua , sempat lagi dia whatsapp call yun tanya kat mana .. motif dia bukan nak mencuri @ merompak pun.. dia mmg nak cari yun & mmg ada niat yg x baik.. Rumah semua berkunci tapi dia lagi pandai, x la tahu mcm mana dia boleh masuk dr mana. Sebab cctv cuma dpt detected kat ruang tamu je. 


Kita terus cepat2 call kakak & abg ipar suruh pergi tgokkan rumah (rumah kakak sebelah lorong je dekat) Bila abg ipar smpai je rumah terus lelaki ni lari keluar rumah smpai tertinggal baju kerja security guard dia. Tapi Alhamdulillah yuyun bersyukur sgt2 Allah masih perlihara & lindungi yun & anak2.. Ya Allah perasaan takut seram semua ade la 😭 tak dpt bayangkan kalau yun ade kat dalam rumah dgn anak2 semua.. Allahu, jgn tnya la kita punya nangis mcm apa, org yg tahu je tahu 😅


Long short story, Sepandai2 tupai melompat jatuh juga,

Esoknya juga dia dpt ditangkap & polis bagi tahu dia ade kes dadah..okay la dah tahu la knp dia berani sgt smpai masuk rumah.. Tapi yun salute dgn Polis Johor #pdrm sgt cekap & cepat buat tangkapan. Apa2 pun yuyun bersyukur x ade apa2 berlaku & cuma nak ingat kan korang walaupun kita duduk dlm perumahan yg ade security guard belum tentu rasa Selamat.. sentiasa berjaga2 & hati2 tau korang..


Dan kes sedang berjalan & tolong doakan urusan yuyun semoga dipermudahkan.. Aamiin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s