Guru Durjana R0gol 13 Pelajar Di Penjara Seumur Hidup

 


BANDUNG  di Indonesia pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang guru kerana mero.gol 13 pelajar.


Kejadian tersebut merupakan salah satu kes yang menarik perhatian negara itu berhubung penderaan s3ksual yang berlaku di sekolah agama berasrama penuh.


Mahkamah daerah Bandung di Jawa Barat mendapati Herry Wirawan bersalah mero.gol 13 pelajar perempuan, kesemuanya di bawah umur dan sekurang-kurangnya lapan daripada mereka hamil.


Di dalam prosiding, tertuduh didapati mero.gol kanak-kanak yang rata-ratanya daripada keluarga miskin dan bersekolah dengan pembiayaan biasiswa selama lima tahun.


Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas keluarga seorang pelajar perempuan melaporkan Wirawan kepada polis kerana mero.gol dan menghamilkan anak perempuan mereka pada 2021.


Pendedahan itu mencetuskan kemarahan negara, dengan seorang pegawai kanan kerajaan berkata, Presiden Joko Widodo memberi perhatian khusus kepada kes itu.


Wirawan, 36, tiba di mahkamah dalam keadaan bergari dan menundukkan kepalanya ketika hakim, Yohannes Purnomo Suryo Adi menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.


Tertuduh bagaimanapun merayu kepada hakim supaya meringankan hukuman terhadapnya dengan alasan dia perlu membesarkan anak-anaknya.


Mahkamah berkata, bayaran balik untuk mangsa akan dibayar oleh kerajaan.


Di Indonesia, terdapat lebih 25,000 sekolah pondok yang dikenali sebagai “pesantren” dengan hampir lima juta pelajar tinggal dan belajar di asrama.


Mereka kebiasaannya akan menghadiri kelas biasa di waktu siang dan meneruskan pengajian al-Quran dan ajaran Islam hingga petang.


Kes ro.gol di Bandung sekali gus mengetengahkan masalah penderaan s3ksual di sekolah Indonesia, dengan 14 daripada 18 kes dilaporkan kepada Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan pada 2021 berlaku di pesantren.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s