Lelaki Terbakar Ada Motif Bu.nuh Diri?

 


KANGAR – Semalam kecoh dengan sebuah video klip menunjukkan seorang lelaki sedang berjalan dengan api yang marak pada anggota badan di Jalan Syed Omar, Kg. Syed Omar, Kangar, Perlis. 



Pasukan Balai Bomba Kangar ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada  jam 08.49 malam. Terdapat sebuah Kereta telah terbakar yang melibatkan sebuah kereta Perodua Alza. Kereta tersebut telah terbakar hampir 90% . 


Terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa cina yang terbakar hampir 80% keluar daripada kereta dengan badan dipenuhi api yang marak. Setelah itu, mangsa telah dibantu orang ramai untuk memadam api tersebut. 



Sementara itu, pasukan Bomba bertindak memadamkan kebakaran sehingga selesai dan mangsa yang cedera dan terbakar tersebut telah dihantar ke hospital oleh pihak ambulans.  Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.44 malam. Punca kebakaran masih dalam siasatan polis. Namun, menurut orang ramai mangsa telah  menuang minyak petrol ke atas badannya sebelum membakar diri kerana dikatakan cuba untuk membunuh diri. 



Semoga mangsa segera pulih seperti sedia kala. 


Sumber : Bomba Perlis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s