Lelaki Rakam Aksi 'Willy' Bersama Anak Akhirnya Ditahan Polis

 


Video seorang lelaki  membuat aksi ‘willy’ ketika menunggang motorsikal bersama anaknya tular dan mendapat kecaman netizen di media sosial. Aksi tersebut dikatakan merbahaya apatah lagi ia dilakukan bersama dengan kanak-kanak. 



Menurut kenyataan Media Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, YDH ACP Rupiah binti Abd Wahid. Pihak polis telah mengeluarkan 3 saman kepada beliau. Saman tersebut ialah nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi, cukai jalan tamat tempoh dan tidak memakai topi keledar. Motorsikal tersebut juga turut dirampas untuk membantu siasatan. 


Kes disiasat dibawah Seksyen 42 APJ 1987. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun, atau denda tidak kurang RM5000 atau tidak melebihi RM 15000 dan jika didapati mengulangi kesalahan akan didenda penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM10 000 dan tidak melebihi RM 20 000. 



Pihak polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan kenderaan dan tidak melakukan aksi-aksi yang membahayakan diri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s