Parti Besar-Besaran Jho Low Didedahkan Selepas Terlibat Aktiviti Penggubahan Wang Haram

 

NEW YORK – Sekurang-kurangnya AS$250,000 (RM1.05 juta) perbelanjaan setiap seorang untuk pelakon Leonardo DiCaprio, Megan Fox, Paris Hilton dan Kim Kardashian.


Ini adalah antara perbelanjaan tinggi yang mana sesi dalam perbicaraan konspirasi persekutuan bekas jurubank Goldman Sachs Group Inc Roger Ng mengetahuinya pada Selasa (15 Feb), ketika seorang saksi kerajaan menggambarkan bagaimana berjuta-juta dolar disedut dalam skandal 1MDB telah dibelanjakan dengan cara bermewah-mewahan yang dihoskan oleh seorang pemodal Malaysia yang terkenal iaitu Jho Low.


Ng dituduh bersubahat dengan bekas ahli bank Goldman, Tim Leissner untuk membantu pembiaya yang kini buruan iaitu Jho Low, dengan cara sogokan.


Jurucakap di Brooklyn, New York, mengetahui tentang invois-invois daripada pesta Las Vegas dibelanja Jho Low di mana makanan, minuman, pelayan dan model terkenal antara item tambahan mencecah sehingga lebih AS$3.6 juta (RM15.1 juta). ). Tab besar itu termasuk 65 botol Cristal Champagne dengan harga kira-kira AS$100,000 (RM419,000) dan tip AS$38,955 (RM160,000).

Ng, satu-satunya bekas pekerja Goldman Sachs yang dibicarakan di Amerika Syarikat berhubung skandal itu, didakwa bersubahat melanggar undang-undang anti-pengubahan wang haram AS untuk mencuri berbilion dolar daripada dana Malaysia 1MDB.


Perbelanjaan itu adalah daripada Jho Low lakukan dengan sebahagian jumlah AS$700 juta (RM2.93 bilion) yang diperolehnya dalam penipuan global, menurut pendakwa raya.


Ketika kerajaan AS menyifatkan hasil penipuan yang merentangi dari Malaysia ke AS, jurucakap mendedahkan beberapa bayaran selebriti:


DiCaprio: AS$250,000 (RM1.05 juta)

Paris Hilton: $100,000 (RM419,000)

Megan Fox: AS$250,000 (RM1.05 juta)

Kim Kardashian: AS$50,000 (RM209,000)



Mereka diberitahu bahawa Jho Low berpesta seperti tiada hari esok.


Jumlah itu didedahkan Alex Cohen, ketua pegawai kewangan Kumpulan Strategik, sebuah syarikat hiburan dan pemasaran yang mengurus parti untuk Low.

Beliau berkata Low memberi syarikat hiburan itu sekurang-kurangnya 25% daripada keuntungannya pada 2012 yang mana untuk satu parti ianya dibayar AS$5,000 (RM21,000), semuanya mengatakan wang yang diambil Low daripada 1MDB.

Kesnya ialah AS lwn. Low Taek Jho, 18-cr-538, Mahkamah Daerah AS, Daerah Timur New York (Brooklyn). – Bloomberg.


Megan Fox


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s