Pengendali Baru Harimau Malaya Letak Sasaran Piala Dunia Akan Datang,Terus Netizen Tunjuk Surat Khabar Lama


Pengendali baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon meletakkan sasaran membawa skuad bola sepak kebangsaan ke pentas Piala Dunia suatu hari nanti.


Tanpa menetapkan secara khusus edisi Piala Dunia yang menjadi sasarannya, Pan-gon percaya beliau mampu untuk membawa Malaysia ke Piala Dunia memandangkan rantau Asia akan diberikan sehingga sembilan slot pada masa hadapan.


“Pertama kita akan bina asas yang kukuh terlebih dahulu sebelum pergi ke misi yang lebih tinggi iaitu layak ke Piala dunia. Sebab saya percaya pasukan ini mempunyai potensi yang besar untuk berjaya.


“Jadi saya berasakan sekiranya semua pihak dapat bersatu, memberi kerjasama dan percaya antara satu sama lain, saya tidak lihat misi untuk layak ke Piala Dunia itu satu yang mustahil untuk dikecapi.


“Selain itu, saya juga mahu membawa Malaysia bukan sahaja hebat di Asia Tenggara, malah di mata dunia. Jadi saya dan pasukan akan buat yang terbaik buat pasukan kebangsaan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika sidang media pertamanya selaku pengendali baharu Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi.


Untuk rekod, Pan-gon, 53, dilantik membimbing skuad negara dengan kontrak dua tahun bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatannya susulan kegagalan pada Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.


Beliau akan dibantu empat pegawai dari Korea Selatan iaitu jurulatih penjaga gol, Cho Jun Ho, Dr Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (penganalisis) serta penolong jurulatih dari Sepanyol, Pau Marti Vicente.


Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai persiapan Harimau Malaya menjelang Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia pada Jun depan, beliau mengakui kini kesuntukan masa untuk menyediakan skuad terbaik.


Bagaimanapun, Pan-gon memberitahu, beliau akan menjadikan aksi persahabatan yang ditetapkan dalam kalendar pada Mac depan untuk membina kekuatan Harimau Malaya menjelang kempen kelayakan tersebut.


“Saya tahu masa kian suntuk untuk saya menyediakan pasukan terbaik bagi mengharungi kelayakan Piala Asia. Jadi saya akan gunakan sebaiknya perlawanan persahabatan pada Mac ini sebagai persiapan untuk membina sebuah pasukan yang hebat.


“Buat masa ini saya saya memerlukan masa untuk mengenali semua pemain pasukan kebangsaan. Saya akan berjumpa setiap pemain pasukan kebangsaan.


“Jika tidak sempat untuk melakukannya, saya akan mendapatkan analisis mengenai mereka kerana perkara tersebut sangat penting buat saya,” jelasnya.


Netizen kata dulu dah keluar paper, tapi pasukan Harimau Malaya ghaib kat Brazil


Menjengah ke ruangan komen;


Tak salah pun letak sasaran, tapi biarlah selari dengan usaha, facilities terjamin, gaji pemain dan insentif dijanjikan, tiada kacau bilau politik dan pengurusan.


ada juga berkata;


jangan berangan la kome, player pun tak ramai nak beraksi kat luar negara


dalam pada itu;


bagi dia borang PH


Tak faham dengan maksudnya itu, apapun kami mendoakan kejayaan buat harimau malaya, jangan berputus asa biar lantak orang nak kata apa, kita tetap lawan dan tunjukkan dekat coach baru dari korea selatan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s